MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, October 2, 2009

AWARD DARI KAK SHIMA


Kedua-dua award ni saya dapat dari kak shima , terima kasih kak . Saya akan abadikan award ni dalam blog saya ni .




Tuesday, September 29, 2009

KENANGAN DI PULAU LANGKAWI


Cuti raya yang lepas , saya sekeluarga bersama keluarga abang dan kakak telah pegi bercuti ke Pulau Langkawi . Kami pegi Langkawi sehari saja , bertolak dari rumah abang saya di Penang pada pukul 5 pagi dan balik dari Langkawi pada pukul 7 malam kiranya kami naik feri yang last sekali .
Walaupun sekejap saja di Pulau Langkawi tapi kami semua memang happy sebab dapat spend time bersama , insyallah kakak dan saya plan untuk ke Langkawi lagi masa cuti sekolah yang akan datang ni , selain jalan-jalan di tempat yang menarik di Langkawi , saya paling suka bila dapat shopping di pekan Kuah..heheehehe...

Saya ambil gambar ni pada pukul 4.30 pagi , Adlina masih tidur tapi terpaksa kejutkan dia juga , kami mesti bertolak awal dalam pukul 5 pagi sebab nak naik feri paling awal .


Bila tiket dah beli kami tunggu feri sampai . Kompleks feri ni masih baru dan selesa tapi keadaan toilet tak terjaga agak kotor walaupun masih baru . Adam memang sentiasa bersama Danial , dia manja sangat dengan abang sepupunya ni..


Kami semua baru masuk ke dalam feri dan duduk di tempat masing-masing , semuanya excited especially anak-anak saya.


Gambar ni saya ambil masa dalam feri kami baru saja meniggalkan jeti feri Kuala Perlis .

PULAU LANGKAWI


Pulau-pulau kecil di sekeliling Pulau Langkawi , masa ni kami dalam feri dan dah hampir sampai ke pelabuhan /jeti feri di Kuah , saya ambil gambar sebab pemandangan cantik sangat...


Banyak sangat pulau-pulau kecik ni , laut pun hijau jernih.


Masa ni kami semua dalam perjalanan ke Langkawi serta masih dalam feri lagi . Apa la yang disembangkan Adam dengan abang Danial , Adam memang banyak cakap ramah walaupun butir percakapannya tak jelas tapi dia memang suka bercakap tambahan lagi abang dan kakak sepupu lain yang besar suka melayan dia hehee..


3 permata di hati bonda

PULAU LANGKAWI


Pukul 9 lebih pagi kami selamat sampai ke pekan Kuah , anak-anak saya posing di jeti sebelum kami ke destinasi seterusnya. Abang saya pegi cari van untuk disewa supaya kami senang nak berjalan sekeliling pulau nanti.


Gambar di sekitar jeti feri , langit cerah . Semua happy sebab dah selamat sampai di pekan Kuah . Saya pun apa lagi ambik sebanyak mungkin gambar sebab pemandang sekeliling jeti yang cantik sangat..


Lagi gambar di Oriental Village , cantik betul pemandangan bangunan dan tasik di tengah-tengah komplek ni yang penuh dengan ikan kap dan bunga teratai , kami tak dapat jalan ke semua kompleks/bangunan di sini sebab mengejar masa dan nak naik cable car serta jalan-jalan ke tempat lain pulak..tak pa cuti sekolah boleh pegi lagi .


Aisyah dalam cable car , anak saya ni tak gayat naik cable car steady je dia ..mak dia yang terlebih takut hehehee .

ORIENTAL VILLAGE , P.LANGKAWI


Perjalanan dari pekan Kuah nak ke Oriental Village untuk naik cable car ambik masa dalam 45 minit , kami sampai di sini dalam pukul 11 pagi dan cuaca cerah. Bila sampai kami berjalan dulu di kawasan kompleks ni memang cantik pemandangannya .


Masa ni saya tak gayat lagi boleh la ambik gambar dari dalam cable car , puncak gunung nampak jauh saja bila dah sampai di pertengahan perjalanan naik cable car saya dah mula rasa takut tapi sabar je la...bila angin tiup kencang atau kuat sikit cable car yang kami naik ni bergoyang suspen dan gayat... hehehe..


Sayup mata memandang kawasan sekeliling Pulau Langkawi dari puncak gunung , cantik sangat . Saya plan nak pegi lagi Pulau Langkawi masa cuti sekolah ni dan nak tidur di sana baru la rasa puas dan lebih seronok nak jalan-jalan sekeliling pulau dan boleh spend lagi banyak masa di pekan Kuah..apa pun kami semua memang suka sangat dapat spend quality time bersama family ke Pulau Langkawi kali ni walaupun sehari saja .


Gambar kami sekeluarga...

Adlina dan Aisyah la yang paling happy dapat ke Pulau Langkawi..saya happy juga bila dapat bershopping di Idaman Suri , Ram`s dan ke kedai Ismail`s di pekan Kuah , siapa yang pernah ke Langkawi mesti pernah ke kedai yang saya sebut tadi , semua kedai ni paling famous di pekan kuah sebab barang yang di jual bebas cukai .

PULAU LANGKAWI


Masa ambil gambar ni kami dah nak balik sekitar pukul 5 petang dan tengah tunggu feri , saya dan anak-anak jalan-jalan dalam kompleks jeti serta luar kompleks . Gambar ni special sebab ada tugu helang kat background . Kami nak pegi ke tugu tu tapi kawasan sekeliling dalam pembinaan dan kami kesuntukkan masa la..


Dalam feri , semuanya keletihan tapi happy .


Pemandangan dari komplek /jeti feri , waktu ni dah pukul 6 petang . Matahari dah nak terbenam dan cuaca macam mendung saja , pemandangan cantik sangat dan saya pun mula la ambik gambar . Kelihatan dalam gambar ni kapal-kapal mewah pelancong yang berlabuh di jeti..


Perjalanan dari jeti Kuah, Langkawi ke jeti Kuala Perlis ambik masa dalam sejam . Masa pegi Adlina aktif tapi bila dalam perjalanan balik anak saya ni kepenatan sampai tertidur , kecian debab mama ni...Adlina happy sangat dapat melancong ke Langkawi tapi dia menangis bila naik cable car di Gunug Mat Cincang sebab gayat...bila ke Supermarket "Idaman Suri", Adlina happy sebabnya saya bagi Adlina pilih apa saja coklat yang dia nak beli . So , memang senyum saja la Adlina dapat beli coklat kesukaan dia..hehehe

Monday, September 28, 2009

PETUA MENCUCI HATI


Saya saja masukkan post ni untuk renungan dan iktibar untuk diri sendiri dan pada sesiapa saja yang nak baca...

Sambil kita berseronok sambut Aidilfitri ni ( memang happy - very subjektif untuk mengukur tahap happy raya ni sebab ini bukan topik hanya budak kecil yang boleh cerita , kita yang dah dewasa pun boleh bercerita tahap happy kita sambut raya ...hehehehe....petua di bawah ni bukan untuk dipandang-pandang atau dijeling-jeling saja tapi memang patut dibaca moga terubat hati dan dapat menjadi pedoman untuk kita semua ...


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.