MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, September 29, 2009

ORIENTAL VILLAGE , P.LANGKAWI


Perjalanan dari pekan Kuah nak ke Oriental Village untuk naik cable car ambik masa dalam 45 minit , kami sampai di sini dalam pukul 11 pagi dan cuaca cerah. Bila sampai kami berjalan dulu di kawasan kompleks ni memang cantik pemandangannya .


Masa ni saya tak gayat lagi boleh la ambik gambar dari dalam cable car , puncak gunung nampak jauh saja bila dah sampai di pertengahan perjalanan naik cable car saya dah mula rasa takut tapi sabar je la...bila angin tiup kencang atau kuat sikit cable car yang kami naik ni bergoyang suspen dan gayat... hehehe..


Sayup mata memandang kawasan sekeliling Pulau Langkawi dari puncak gunung , cantik sangat . Saya plan nak pegi lagi Pulau Langkawi masa cuti sekolah ni dan nak tidur di sana baru la rasa puas dan lebih seronok nak jalan-jalan sekeliling pulau dan boleh spend lagi banyak masa di pekan Kuah..apa pun kami semua memang suka sangat dapat spend quality time bersama family ke Pulau Langkawi kali ni walaupun sehari saja .


Gambar kami sekeluarga...

Adlina dan Aisyah la yang paling happy dapat ke Pulau Langkawi..saya happy juga bila dapat bershopping di Idaman Suri , Ram`s dan ke kedai Ismail`s di pekan Kuah , siapa yang pernah ke Langkawi mesti pernah ke kedai yang saya sebut tadi , semua kedai ni paling famous di pekan kuah sebab barang yang di jual bebas cukai .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .