MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, October 11, 2010

Mutiara kata di pagi Isnin..

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain''

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Sunday, October 10, 2010

RENUNGAN BERSAMA..

N3 saya kali ni tidak la saya tujukan kepada sesiapa pun sama ada hidup atau yang telah tiada tepai hanya la sebagai iktibar dan muhasabah diri saya serta sesiapa yang membaca blog saya ni..

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila su dah dapat su sah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Wednesday, October 6, 2010

ADAM GENAP 3 TAHUN HARI NI...

Muhd Adam bin Affandey is 3 today..

Sayang mama Muhd Adam , mama doakan hanya yang terbaik untuk anak mama ni dan semoga Muhd Adam menjadi insan soleh dan berjaya di dunia serta akhirat . Mama doakan moga Muhd Adam sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur serta kehidupan Adam sentiasa dirahmati , amin .

Muhd Adam selepas sejam dilahirkan , permata hati abah dan mama..

Kehadiran Muhd Adam memang sangat dinanti-nanti kan oleh kami sekeluarga dan akhirnya saya selamat melahirkan Adam melalui pembedahan pada pukul 7.20 pagi 6 oktober 2007 , anak lelaki yang saya dan suami sangat nanti-nantikan selamat berada bersama kami sekeluarga...syukur alhamdulillah...


Adam , 6 hari masa ni kami baru balik dari hospital . Adam kena tahan lama di wad sebab dia kena demam kuning . Lepas saya bersalin kan Adam kami duduk di hospital sebab bacaan demam kuning tinggi juga masa hari ke 3 alhamdulillah by day 6 Adam dah ok dan boleh balik rumah..

Adam baru 8 hari dalam gambar ni dan masa ni saya pegang Adam untuk bagi dia mandi , Adam baby yang sangat baik dan mudah untuk dijaga sama saja macam kakak-kakak dia..


Mata bulat masa ni Adam baru 5 bulan dan sangat alert serta aktif . Adam meniarap masa dia umur 2 bulan lebih dan Adam dah mula merangkak bila dia berumur 6 bulan dan genap umur 1 tahun Adam dah berjalan..


Tengok la tu gelagat spontan Adam yang comel sangat ni masa ni Adam tengah happy main dengan kak Adlina . Tiba-tiba je Adam buat aksi cute ni dan mama pun cepat-cepat la ambil gambar...

Masa ni umur Adam 1 tahun 5 bulan dan rambut dia dah mula panjang dan ikal . Comel manja mama ni..


Muhd Adam di pagi Syawal...
Adam , anak yang sangat ceria dan happy selalu . Keletah Adam sentiasa menghiburkan kami sekeluarga . Adik kesayangan buat kak Aisyah dan kak Adlina , hero kecil mama yang sangat baik dan manja dengan abah , mama serta kakak-kakak...
Adam semakin bijak bercakap walaupun masih pelat dan masih banyak perkataan yang kami tak faham . Tak pe la slowly Adam akan bijak juga bercakap macam kakak-kakak dia so buat masa ni saya suka dengan bahasa pelat Adam hehehe so cute . First word dari Adam mesti la "mama" dan sekarang ni semakin banyak perkataan baru yang saya dengar keluar dari mulut comel Adam. Makanan favorite Adam ialah nasi ( perut melayu juga anak aku ni )....tu je serba sikit kisah anak bujang saya Muhd Adam...
Adam ,we love u sooooo much...

Tuesday, September 28, 2010

Smocking

Kali ni saya guna kain kapas jenis satin dengan corak simple dan warna kain ni creamy beige . Saya buat gaun smocking ni untuk baby new born sampai umur 2 bulan so memang sesuai untuk majlis akikah/cukur jambul . Comel sangat dress kali ni sebab saiznya yang kecil tambahan kain ni cantik nanti bila dah siap dress ni saya masukkan gambar dalam blog saya ni...


Monday, September 27, 2010

Mutiara kata di pagi Isnin

Tak seorang pun sempurna.Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak.

Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuwatiran untuk masa depan,kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma bisa hidup sekali saja di dunia ini,tetapi jika anda hidup dengan benar,sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah,dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan
kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada
yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum,
lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
Sesungguhnya hati adalah ladang,
maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik
karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik)
niscaya tumbuh sebagiannya

Tidak ada simpanan yang lebih berguna
daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Sunday, September 26, 2010

PUTERI SULUNGKU NUR AISYAH..

Puteri sulung saya ni baru je habis exam upsr pada hari Khamis yang lepas dan sekarang ni saya serta suami hanya berdoa Aisyah mendapat keputusan yang baik , amin.....

Masa hari Rabu Aisyah balik ke rumah dalam keadaan yang kurang sihat dan bila malam dia demam . Saya dan hubby memang risau sangat dan malam tu saya memang jaga Aisyah untuk pastikan dia sembuh demam untuk nak ke sekolah ke esokkan harinya pulak .

Alhamdulillah pagi Khamis Aisyah semakin sembuh dan saya berulang ke sekolah setiap kali Aisyah habis buat exam untuk tengok kalau-kalau Aisyah demam panas balik (hari Khamis tu exam dari pagi samai pukul 4) . Alhamdulillah Aisyah semakin baik dan dia dapat buat semua paper exam tapi bila balik saja dari sekolah demam Aisyah naik balik dan hari ni Aisyah dah semakin sihat syukur alhamdulillah .

Sekarang ni Aisyah dah merdeka la dari belajar sebab saya bagi dia buat balik aktiviti yang dia suka macam surf internet , tengok tv sepuas-puasnya dan buka facebook laaaa tapi dalam masa sama Aisyah cakap dia masih risau juga sebab tunggu result . Saya pun sama suspen juga tapi saya akan terima dengan redha apa saja keputusan yang Aisyah dapat nanti...

Puteri ku yang semakin dewasa..


Saya bersama Aisyah, Adlina dan Adam di pagi Syawal lalu...



Hari minggu yang sudah sebelum upsr Aisyah dapat berkumpul dan jalan-jalan shopping dengan kakak-kakak sepupu . Uncle Punch , aunty Naimah, aunty Iza & uncle Man serta kakak sepupu macam kak Rahael , kak Sarah , kak Qistina , kak Azra dan kak Ilya bagi kata-kata perangsang semoga Aisyah dapat buat exam upsr dengan baik . Insyallah doa saya hanya yang terbaik untuk puteri sulung saya ni , amin.

Friday, September 24, 2010

Puasnya hati...

Apa yang saya puas hati sangat tu ya ermmm macam-macam la perkara yang buat saya lega dan puas hati kalau nak disenaraikan satu-satu persatu panjang la pula n3 saya hari ni saya sangat bersyukur , alhamdulillah . Salah satu perkara yang buat saya puas hati sebab saya dah mula jahit sulam smocking balik hmmm bestnya rindu pula bila dah lama tak menyulam ni...

Dah lama sangat saya tak masukkan n3 dengan cerita-cerita aktiviti menjahit saya ni so hari ni saya mulakan n3 baru dengan gambar-gambar hasil smocking terbaru saya ni . Saya tak ke mana cuma saya memang nak berehat panjang dalam sebulan dari aktiviti menjahit sulaman smocking ni sebab banyak perkara lain yang saya nak buat lagi pun seminggu sebelum Ramadhan saya dah selesaikan semua order smocking dress dari customer yang terdiri kawan-kawan saya saja .

Ok berbalik kepada aktiviti jahtan smocking saya yang terbaru ni saya tengah siapkan smocking dress untuk kanak-kanak umur 2-3 tahun . Smocking ni baru je saya siap hari Rabu yang lepas dan sekarang ni saya tengah nak jahit bagi siap menjadi gaun yang comel gitu .

Teknik smocking yang saya guna kali ni simple saja dan saya gabungkan 1 warna primer iaitu merah dan digandingkan dengan warna sekunder iaitu hijau . Kontra pada 2 warna ni memang dapat menonjolkan kehalusan sulaman smocking yang saya jahit ni . Pemilihan warna pun sangat penting supaya sulaman smocking yang kita jahit tu lebih bold atau menonjol dari corak serta warna kain . Kalau guna kain plain memang kita ada lebih banyak pilihan warna tapi kalau guna kain yang bercorak dengan warna yang pelbagai kita kena la pandai memilih warna benang supaya corak sulaman yang kita jahit tu tak tenggelam dalam kemeriahan corak kain yang pelbagai tu..



Corak kain yang cute sangat taburan buah strawberry saya memang suka pilih kain dengan corak-corak yang kecil dan tidak terlalu padat sementara warna corak juga agak simple dan tak terlalu meriah...

Saya perhatikan semenjak seminggu ni ramai betul pengunjung-pengunjung yang masuk blog saya ni waaaa bagus la sebabnya walaupun saya dah lama juga tak masukkan n3 baru kecuali gambar kami sekeluarga masa Aidilfitiri yang lepas . Saya agak la blog saya ni dah ada pengunjung-pengunjung baru . Saya tengok pengunjung dari Kuala Lmmpur yang paling banyak masuk , mesti ramai pengunjung yang 'sangat berminat' dengan cerita jahitan smocking yang singgah blog saya ni kan sebab blog saya ni simple saja mana ada cerita sensasi .

Saya pun tahu dari mana pengunjung-pengunjung baru yang suka singgah blog saya ni datang :) Dalam waktu bekerja pun anda semua boleh surf internet bestnya tapi jangan la leka sangat depan computer tu dan sampai kerja hakiki anda semua tu jadi lambat siap susah la macam tu tapi saya pasti anda semua mesti pekerja yang bijak membahagikan masa untuk mengadap computer surf tenet dan time untuk buat kerja office kan...Terima kasih banyak-banyak la sebab anda semua menjadi pengunjung setia blog saya yang sempoi ni . Singgah la selalu ya sekurang-kurangnya ranting Nuffnang saya makin naik hehehehe sukanya saya.....toce...toce...

Ok la sampai sini dulu n3 saya di petang Jumaat ni dan selamat berhujung minggu dan selamat jalan-jalan gi open house aidilfitri . Saya pun dah mengatur jadual nak berhari raya ke rumah kawan-kawan dan sedara mara ni...bye...