Apa yang saya puas hati sangat tu ya ermmm macam-macam la perkara yang buat saya lega dan puas hati kalau nak disenaraikan satu-satu persatu panjang la pula n3 saya hari ni saya sangat bersyukur , alhamdulillah . Salah satu perkara yang buat saya puas hati sebab saya dah mula jahit sulam smocking balik hmmm bestnya rindu pula bila dah lama tak menyulam ni...
Dah lama sangat saya tak masukkan n3 dengan cerita-cerita aktiviti menjahit saya ni so hari ni saya mulakan n3 baru dengan gambar-gambar hasil smocking terbaru saya ni . Saya tak ke mana cuma saya memang nak berehat panjang dalam sebulan dari aktiviti menjahit sulaman smocking ni sebab banyak perkara lain yang saya nak buat lagi pun seminggu sebelum Ramadhan saya dah selesaikan semua order smocking dress dari customer yang terdiri kawan-kawan saya saja .
Ok berbalik kepada aktiviti jahtan smocking saya yang terbaru ni saya tengah siapkan smocking dress untuk kanak-kanak umur 2-3 tahun . Smocking ni baru je saya siap hari Rabu yang lepas dan sekarang ni saya tengah nak jahit bagi siap menjadi gaun yang comel gitu .
Teknik smocking yang saya guna kali ni simple saja dan saya gabungkan 1 warna primer iaitu merah dan digandingkan dengan warna sekunder iaitu hijau . Kontra pada 2 warna ni memang dapat menonjolkan kehalusan sulaman smocking yang saya jahit ni . Pemilihan warna pun sangat penting supaya sulaman smocking yang kita jahit tu lebih bold atau menonjol dari corak serta warna kain . Kalau guna kain plain memang kita ada lebih banyak pilihan warna tapi kalau guna kain yang bercorak dengan warna yang pelbagai kita kena la pandai memilih warna benang supaya corak sulaman yang kita jahit tu tak tenggelam dalam kemeriahan corak kain yang pelbagai tu..

Corak kain yang cute sangat taburan buah strawberry saya memang suka pilih kain dengan corak-corak yang kecil dan tidak terlalu padat sementara warna corak juga agak simple dan tak terlalu meriah...
Saya perhatikan semenjak seminggu ni ramai betul pengunjung-pengunjung yang masuk blog saya ni waaaa bagus la sebabnya walaupun saya dah lama juga tak masukkan n3 baru kecuali gambar kami sekeluarga masa Aidilfitiri yang lepas . Saya agak la blog saya ni dah ada pengunjung-pengunjung baru . Saya tengok pengunjung dari Kuala Lmmpur yang paling banyak masuk , mesti ramai pengunjung yang 'sangat berminat' dengan cerita jahitan smocking yang singgah blog saya ni kan sebab blog saya ni simple saja mana ada cerita sensasi .
Saya pun tahu dari mana pengunjung-pengunjung baru yang suka singgah blog saya ni datang :) Dalam waktu bekerja pun anda semua boleh surf internet bestnya tapi jangan la leka sangat depan computer tu dan sampai kerja hakiki anda semua tu jadi lambat siap susah la macam tu tapi saya pasti anda semua mesti pekerja yang bijak membahagikan masa untuk mengadap computer surf tenet dan time untuk buat kerja office kan...Terima kasih banyak-banyak la sebab anda semua menjadi pengunjung setia blog saya yang sempoi ni . Singgah la selalu ya sekurang-kurangnya ranting Nuffnang saya makin naik hehehehe sukanya saya.....toce...toce...
Ok la sampai sini dulu n3 saya di petang Jumaat ni dan selamat berhujung minggu dan selamat jalan-jalan gi open house aidilfitri . Saya pun dah mengatur jadual nak berhari raya ke rumah kawan-kawan dan sedara mara ni...bye...

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .