MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, September 29, 2009

KENANGAN DI PULAU LANGKAWI


Cuti raya yang lepas , saya sekeluarga bersama keluarga abang dan kakak telah pegi bercuti ke Pulau Langkawi . Kami pegi Langkawi sehari saja , bertolak dari rumah abang saya di Penang pada pukul 5 pagi dan balik dari Langkawi pada pukul 7 malam kiranya kami naik feri yang last sekali .
Walaupun sekejap saja di Pulau Langkawi tapi kami semua memang happy sebab dapat spend time bersama , insyallah kakak dan saya plan untuk ke Langkawi lagi masa cuti sekolah yang akan datang ni , selain jalan-jalan di tempat yang menarik di Langkawi , saya paling suka bila dapat shopping di pekan Kuah..heheehehe...

Saya ambil gambar ni pada pukul 4.30 pagi , Adlina masih tidur tapi terpaksa kejutkan dia juga , kami mesti bertolak awal dalam pukul 5 pagi sebab nak naik feri paling awal .


Bila tiket dah beli kami tunggu feri sampai . Kompleks feri ni masih baru dan selesa tapi keadaan toilet tak terjaga agak kotor walaupun masih baru . Adam memang sentiasa bersama Danial , dia manja sangat dengan abang sepupunya ni..


Kami semua baru masuk ke dalam feri dan duduk di tempat masing-masing , semuanya excited especially anak-anak saya.


Gambar ni saya ambil masa dalam feri kami baru saja meniggalkan jeti feri Kuala Perlis .

PULAU LANGKAWI


Pulau-pulau kecil di sekeliling Pulau Langkawi , masa ni kami dalam feri dan dah hampir sampai ke pelabuhan /jeti feri di Kuah , saya ambil gambar sebab pemandangan cantik sangat...


Banyak sangat pulau-pulau kecik ni , laut pun hijau jernih.


Masa ni kami semua dalam perjalanan ke Langkawi serta masih dalam feri lagi . Apa la yang disembangkan Adam dengan abang Danial , Adam memang banyak cakap ramah walaupun butir percakapannya tak jelas tapi dia memang suka bercakap tambahan lagi abang dan kakak sepupu lain yang besar suka melayan dia hehee..


3 permata di hati bonda

PULAU LANGKAWI


Pukul 9 lebih pagi kami selamat sampai ke pekan Kuah , anak-anak saya posing di jeti sebelum kami ke destinasi seterusnya. Abang saya pegi cari van untuk disewa supaya kami senang nak berjalan sekeliling pulau nanti.


Gambar di sekitar jeti feri , langit cerah . Semua happy sebab dah selamat sampai di pekan Kuah . Saya pun apa lagi ambik sebanyak mungkin gambar sebab pemandang sekeliling jeti yang cantik sangat..


Lagi gambar di Oriental Village , cantik betul pemandangan bangunan dan tasik di tengah-tengah komplek ni yang penuh dengan ikan kap dan bunga teratai , kami tak dapat jalan ke semua kompleks/bangunan di sini sebab mengejar masa dan nak naik cable car serta jalan-jalan ke tempat lain pulak..tak pa cuti sekolah boleh pegi lagi .


Aisyah dalam cable car , anak saya ni tak gayat naik cable car steady je dia ..mak dia yang terlebih takut hehehee .

ORIENTAL VILLAGE , P.LANGKAWI


Perjalanan dari pekan Kuah nak ke Oriental Village untuk naik cable car ambik masa dalam 45 minit , kami sampai di sini dalam pukul 11 pagi dan cuaca cerah. Bila sampai kami berjalan dulu di kawasan kompleks ni memang cantik pemandangannya .


Masa ni saya tak gayat lagi boleh la ambik gambar dari dalam cable car , puncak gunung nampak jauh saja bila dah sampai di pertengahan perjalanan naik cable car saya dah mula rasa takut tapi sabar je la...bila angin tiup kencang atau kuat sikit cable car yang kami naik ni bergoyang suspen dan gayat... hehehe..


Sayup mata memandang kawasan sekeliling Pulau Langkawi dari puncak gunung , cantik sangat . Saya plan nak pegi lagi Pulau Langkawi masa cuti sekolah ni dan nak tidur di sana baru la rasa puas dan lebih seronok nak jalan-jalan sekeliling pulau dan boleh spend lagi banyak masa di pekan Kuah..apa pun kami semua memang suka sangat dapat spend quality time bersama family ke Pulau Langkawi kali ni walaupun sehari saja .


Gambar kami sekeluarga...

Adlina dan Aisyah la yang paling happy dapat ke Pulau Langkawi..saya happy juga bila dapat bershopping di Idaman Suri , Ram`s dan ke kedai Ismail`s di pekan Kuah , siapa yang pernah ke Langkawi mesti pernah ke kedai yang saya sebut tadi , semua kedai ni paling famous di pekan kuah sebab barang yang di jual bebas cukai .

PULAU LANGKAWI


Masa ambil gambar ni kami dah nak balik sekitar pukul 5 petang dan tengah tunggu feri , saya dan anak-anak jalan-jalan dalam kompleks jeti serta luar kompleks . Gambar ni special sebab ada tugu helang kat background . Kami nak pegi ke tugu tu tapi kawasan sekeliling dalam pembinaan dan kami kesuntukkan masa la..


Dalam feri , semuanya keletihan tapi happy .


Pemandangan dari komplek /jeti feri , waktu ni dah pukul 6 petang . Matahari dah nak terbenam dan cuaca macam mendung saja , pemandangan cantik sangat dan saya pun mula la ambik gambar . Kelihatan dalam gambar ni kapal-kapal mewah pelancong yang berlabuh di jeti..


Perjalanan dari jeti Kuah, Langkawi ke jeti Kuala Perlis ambik masa dalam sejam . Masa pegi Adlina aktif tapi bila dalam perjalanan balik anak saya ni kepenatan sampai tertidur , kecian debab mama ni...Adlina happy sangat dapat melancong ke Langkawi tapi dia menangis bila naik cable car di Gunug Mat Cincang sebab gayat...bila ke Supermarket "Idaman Suri", Adlina happy sebabnya saya bagi Adlina pilih apa saja coklat yang dia nak beli . So , memang senyum saja la Adlina dapat beli coklat kesukaan dia..hehehe

Monday, September 28, 2009

PETUA MENCUCI HATI


Saya saja masukkan post ni untuk renungan dan iktibar untuk diri sendiri dan pada sesiapa saja yang nak baca...

Sambil kita berseronok sambut Aidilfitri ni ( memang happy - very subjektif untuk mengukur tahap happy raya ni sebab ini bukan topik hanya budak kecil yang boleh cerita , kita yang dah dewasa pun boleh bercerita tahap happy kita sambut raya ...hehehehe....petua di bawah ni bukan untuk dipandang-pandang atau dijeling-jeling saja tapi memang patut dibaca moga terubat hati dan dapat menjadi pedoman untuk kita semua ...


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.

A TIME



FOR EVERYTHING THERE IS A SEASON,

And a time for every matter under heaven:

A time to be born, and a time to die;

A time to plant, and a time to pluck up what is planted;

A time to kill, and a time to heal;

A time to break down, and a time to build up;

A time to weep, and a time to laugh;

A time to mourn, and a time to dance;

A time to throw away stones, and a time to gather stones together;

A time to embrace, And a time to refrain from embracing;

A time to seek, and a time to lose;

A time to keep, and a time to throw away;

A time to tear, and a time to sew;

A time to keep silence, and a time to speak;

A time to love, and a time to hate,

A time for war, and a time for PEACE.

NOW IT`S TIME FOR ME TO LOOK FOWARD , I `WILL TREASURE ALL THE HAPPY MOMENTS AND LEAVE ALL THE BAD MEMORIES BEHIND....
P/s : For me it`s better to keep silence then speaking a thousand of rubbish words , lebih baik kita berdiam dari bercakap perkara yang tiada hujung pangkal . Tutup telinga , jauhkan diri dari pekara / mereka yang boleh menyakitkan diri kita ini....
ORANG YANG SABAR TIDAK AKAN KERUGIAN APA-APA , YA ALLAH LINDUNGI LAH DIRI KU DAN KELUARGA KU DARI MEREKA YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP KAMI SEKELUARGA DAN KAU JAUHKAN LA MEREKA INI DARI KAMI , AMIN YA ROBBIL`ALAMIN...



PULAU LANGKAWI


Adlina yang dapat duduk di cabin dengan pemandu feri hehehe...


Baru sampai semuanya happy...


Kami di Gunung Mat Cincang untuk naik cable car..

Sunday, September 27, 2009

PUNCAK GUNUNG MAT CINCANG..


Saya serta keluarga naik cable car di Gunung Mat Cincang , satu pengalaman yang memang best tapi yang masa sama saya sebenarnya takut sangat sebab saya ni fobia pada tempat tinggi tambahan lagi bila naik cable car ni kita seolah-olah tergantung . Saya memang takut masa nak naik tapi bila masa turun kurang sikit gayat .
Pemandangan di atas puncak gunung Mat Cincang memang sangat mengasyikkan dan sungguh cantik sangat sayup mata memandang ke seluruh kawasan kepulauan Langkawi......

Sayup pemandangan lautan di keliling Pulau Langkawi cantik sangat warna air laut biru kehijauan .

Jambatan gantung di puncak gunung Mat Cincang saya tak beranni nak berjalan sampai ke jambatan tu sebab gayat sangat hehehe..


Puncak gunung...

Kawasan bukit-bukau di sekitar gunug Mat Cincang ni...

FAMILY GATHERING KE P.LANGKAWI


Memang best trip kami ke Langkawi kali ni sebab pelancong local tak ramai semua bergembira beraya di kampung halaman . So , perjalanan kami lancar ke destinasi yang nak kami pergi .

Aisyah dengan Qistina


Aisyah , kat belakang tu Gunung Mat Cincang ( cable car )


Adlina di Muzium Kraf , Langkawi


Gambar kami dengan saudara-mara semasa melawat Muzium Kraf dan Galeri Perdana.

AIDILFITRI 2009


Gambar-gambar kami sekeluarga bersama saudara-mara sepanjang seminggu cuti Aidilfitri tahun ini , tiada yang lebih mengembirakan pada saya serta keluarga apbila kami dapat menghabiskan cuti kali ini berkumpul bersama saudara - mara . Anak-anak saya memang tertunggu-tunggu saja nak spend time berjalan ke Penang dan dapat jumpa sepupu-sepupu mereka . Bila nak balik saja semua tak happy , tak pa insyallah cuti sekolah nanti kami dapat berkumpul lagi.......




Saturday, September 26, 2009

Aidilfitri 2009



Dah seminggu 1 Syawal berlalu , kita semua umat Islam pun dah bergembira menyambut Aidilfitri bersama saudara-mara , ada yang balik kampung sendiri dan ada yang balik ke kampung mertua atau beraya di rumah sendiri saja . Hari ni baru saya balik semula ke rumah sendiri dan besok dah ada open house yang kami nak pegi , dapat la jumpa kawan-kawan pulak...

Friday, September 25, 2009

Sulaman tinggalan arwah mak tersayang...


Post kali ni ada lah istimewa untuk arwah mak saya yang dah 20 tahun meninggalkan kami semua . Selain tu saya masukkan gambar-gambar hasil sulaman yang di jahit oleh arwah mak sebagai kenangan di dalam blog saya ini...


Gambar arwah mak saya yang masuk surat kabar masa arwah mak tamat belajar dan dapat Diploma dari sekolah jahitan di Kota Baharu , Kelantan . Masa ni arwah mak saya berumur dalam lingkungan 17 tahun .

Arwah abah dan mak


Gambar saya dan arwah mak di Mimaland , saya berumur 6 tahun masa ni . Kasih sayang mak yang tiada bandingan akan tetap saya rindui sampai ke akhir hayat ini....


Masa saya masih kecil dalam umur 9 tahun saya ada tengok sample sulaman tangan dan mesin goyang kaki yang dijahit oleh arwah mak saya ni . Semua sulaman ni mak saya belajar masa dia anak dara di Kelantan dan mak saya ada diploma dalam seni sulam-menyulam...Saya masih ingat mak ada ajar kak Ija ( kakak saya ) cara buat cadar dan sarung bantal . So , mak saya juga ajar kakak saya sulam tangan bunga daisy kat sarung bantal dan cadar ni, masa tu saya baru 9 tahun so tengok saja la tapi saya masih ingat memang cantik sangat sulaman mak saya , lepas tu mak pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji dan bila balik dari Mekah mak dah kurang sihat , so arwah mak dah tak menjahit dan buat sulaman lagi.....

Semua sulaman ni berumur lebih dari 55 tahun dan sekarang ada dalam simpanan kakak saya kak Firza dan dia dah frame semuanya bagi cantik-cantik sebagai kenangan untuk kami anak-anak arwah mak dan generasi cucu & cicit akan datang untuk tengok serta hargai kehalusan kerja tangan arwah opah mereka ni...

Hanya sulaman ni saja tinggal dari arwah mak untuk kami , anak-anak tengok dan melepas rindu pada dia......

So , saya minta kebenaran dari kak Ija untuk simpan semua gambar sulaman mak ni dalam blog saya sebagai kenangan .... Arwah mak memang kreatif...