MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, September 14, 2009

Proses jahitan silang pangkah


Lepas baju kurung ni siap dijahit dan kain lapik dalam leher perlu la di kemaskan dengan jahitan silang pangkah. Proses jahitan silang pangkah ini dapat dilihat dengan jelas melalui gambar-gambar di bawah ini , proses ini tidak lah begitu sukar tapi perlu di jahit dengan perlahan dan berhati-hati juga untuk memastikan hasil jahitan kemas bila dah siap nanti.

Kain lapik dalam ini perlu la di seterika semula dan dipin sekeliling supaya memudahkan proses menjahit.


Selembar benang saja diguna untuk menjahit silang pangkah ini , hanya satu benang disimpul mati dan salah satu benang ini di tarik menjadi lebih pendek seperti dalam gambar diatas.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .