Masa ambil gambar ni kami dah nak balik sekitar pukul 5 petang dan tengah tunggu feri , saya dan anak-anak jalan-jalan dalam kompleks jeti serta luar kompleks . Gambar ni special sebab ada tugu helang kat background . Kami nak pegi ke tugu tu tapi kawasan sekeliling dalam pembinaan dan kami kesuntukkan masa la..
Dalam feri , semuanya keletihan tapi happy .
Pemandangan dari komplek /jeti feri , waktu ni dah pukul 6 petang . Matahari dah nak terbenam dan cuaca macam mendung saja , pemandangan cantik sangat dan saya pun mula la ambik gambar . Kelihatan dalam gambar ni kapal-kapal mewah pelancong yang berlabuh di jeti..
Perjalanan dari jeti Kuah, Langkawi ke jeti Kuala Perlis ambik masa dalam sejam . Masa pegi Adlina aktif tapi bila dalam perjalanan balik anak saya ni kepenatan sampai tertidur , kecian debab mama ni...Adlina happy sangat dapat melancong ke Langkawi tapi dia menangis bila naik cable car di Gunug Mat Cincang sebab gayat...bila ke Supermarket "Idaman Suri", Adlina happy sebabnya saya bagi Adlina pilih apa saja coklat yang dia nak beli . So , memang senyum saja la Adlina dapat beli coklat kesukaan dia..hehehe
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .