MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, September 17, 2009

Beading baju anak-anak


Mesti ramai kawan-kawan blogger yang dah tutup /selimut mesin jahit masing-masingkan dan sekarang semuanya busy packing barang-barang untuk balik kampung pulak atau pun buat biskut raya . Saya pulak masih dok menjahit manik pada baju kurung anak-anak , baju kurung ni plain saja so saya jahit la beading yang simple kiranya nak bagi nampak lawa sikit baju raya anak-anak saya ni . Nasib la tinggal sikit saja lagi yang perlu saya jahit manik ni , kat hujung lengan sebelah lagi saja......lega....

Corak untuk jahitan manik ni saya rujuk dari blog kawan-kawan yang pakar menjahit manik , ok la kan jahitan manik saya yang simple ni maklum la saya ni baru tahap amature hehehe. Penat juga jahit manik ni sakit kat bahagian bahu dan tengkok , saya bila menjahit memang kena berenti jap melayan Adam sambil tu boleh la lurus kan tulang pinggang sebab duduk lama sangat lepas tu baru jahit balik.......

Setahun sekali bila nak raya baru jahit beading....apa pun yang penting anak-anak dara sunti saya seronok dan teruja sangat tengok baju kurung masing-masing , tu yang penting pada saya. Kita ni mak-mak semua memang sentiasa nak happy kan anak-anak permata hati kitakan.....


Beading saya yang simple di bahagian leher baju



Beading kat hujung lengan baju

4 comments:

  1. nannie,
    lip lap lip lap raya ni nampaknya ya.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aisil Fitri Buat Nannie dan family

    ReplyDelete
  3. gitu la kak shima tahun ni anak-anak saja lip-lap la , senyum suka benar anak2 dara sunti saya tu

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kak Ezza n family juga..maaf zahir n batin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .