Pukul 9 lebih pagi kami selamat sampai ke pekan Kuah , anak-anak saya posing di jeti sebelum kami ke destinasi seterusnya. Abang saya pegi cari van untuk disewa supaya kami senang nak berjalan sekeliling pulau nanti.
Gambar di sekitar jeti feri , langit cerah . Semua happy sebab dah selamat sampai di pekan Kuah . Saya pun apa lagi ambik sebanyak mungkin gambar sebab pemandang sekeliling jeti yang cantik sangat..
Lagi gambar di Oriental Village , cantik betul pemandangan bangunan dan tasik di tengah-tengah komplek ni yang penuh dengan ikan kap dan bunga teratai , kami tak dapat jalan ke semua kompleks/bangunan di sini sebab mengejar masa dan nak naik cable car serta jalan-jalan ke tempat lain pulak..tak pa cuti sekolah boleh pegi lagi .
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .