Dress smocking terakhir yang saya buat sebelum cuti raya dan dress ni special untuk cucu sedara saya iaitu Kayla Adora yang baru berumur 4 bulan . Sebelum ni dah banyak kali saya masukkan kisah Kayla dari dia berumur beberapa hari sampai la sekarang dia dah pun berumur 4 bulan . Kayla semakin comel dan montel , dia dah pandai nak main dan senyum saja bila di agah oleh sapa pun , geram saya tengok dia...
Dress untuk Kayla ni saya buat saiz untuk baby dari 6 bulan sampai setahun , so mama Kayla kena tunggu beberapa bulan lagi baru boleh pakaikan Kayla dengan dress ni , takpa la baby kan cepat membesar...
Salam, berminat la... boleh tak tunjukkan macam mane.. nak buat...?
ReplyDeleteinsyallah boleh saya tunjukkan setakat yg termampu ya terima kasih kerana sudi singgah blog saya ini
ReplyDelete