MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, September 9, 2009

ANAK-ANAK TERSAYANG..


Dah lama tak da cerita atau gambar anak-anak dalam blog saya ni , untuk tarikh yang special hari ni iaitu 9.9.2009 , saya dedicated untuk anak-anak tersayang . Rutin hidup saya dan family macam biasa , tak da apa-apa yang extra-ordinary . Gelagat anak-anak especially yang kecil Adlina dan Adam memang mencuit hati , Adam sentiasa nak attention saya dan Adlina semakin aktif serta ada saja cerita yang dia nak sampaikan pada saya setiap kali balik dari kindergarten .
Adlina almost everyday bertanya bila nak hari raya sebab dia dah tak sabar-sabar nak pakai baju kurung baru dengan kasut baru dan berjumpa dengan cousin-cousinnya. Aisyah , anak sulung saya macam biasa saja cuma kadang-kadang dia penat juga bila balik dari sekolah maklum la bulan puasa . Aisyah memang banyak membantu saya di rumah , dia la menjaga adik-adik especially Adam .

Gambar ni masa nak berbuka hari ke-2 berpuasa , Adlina selalu puasa sampai pukul 1 tengahari saja , tak pa la baru 5 tahun kan tahun depan memang dia kena mula belajar puasa penuh.

Apa saja yang saya masak , anak-anak mesti suka saja " mama masak semua sedap " hehehe.... tu la saja ayat yang keluar dari mulut anak-anak . Ye la dah dari kecil dok makan apa aja yang mama masak...... memang la sedap....

Aisyah ada bagi tau dia suka nak belajar masak dan Adlina pulak nak belajar kraf dan menjahit macam saya , ok la tu kena tunggu besar baru tau betul ke dia minat , tapi yang pasti saya memang nak ajar anak-anak ilmu jahitan supaya anak-anak saya ni dapat mewarisi segala kemahiran dan teknik jahitan yang saya tahu ni....bab masak-memasak pun kena ajar juga so anak-anak saya ni tak la kekok ke dapur bila makin dewasa nanti..


Masa saya sibuk potong kain , Adlina memang menunggu perca kain yan saya tak mau . Lepas tu dia mula la ikat perca kain ni kat badan sendiri , macam-macam gaya . Memang sejak dulu dari umur dia 3 tahun dia suka main dengan perca kain.

Adlina cakap dia ikat kain ni macam stail hip-hop lepas tu dia mula la menari gaya hip-hop bila dengar lagu kat TV , kami gelak saja la tengok gelagat dia hehee dan Adlina melaram la dengan gaya hip hop ni sampai ke petang , saya biarkan saja..


Gaya fesyen Adlina yang dia reka sendiri dan dia ikat sendiri dengan bantuan kakak dia , hehehe.......


Dalam bulan puasa ni , Aisyah yang uruskan Adam selalunya saya sibuk siapkan juadah berbuka .Memang Aisyah dah boleh di harap untuk mandikan Adam dan uruskan semua hal tentang Adam , lega saya...Adlina tolong sikat rambut adik dan tolong kerja yang ringan dan mudah saja...syukur la anak-anak dapat membantu...

Tu je la kisah serba sikit tentang anak-anak saya dalam bulan Ramadhan ni...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .