MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Saturday, October 24, 2009

PIPING LEHER BAJU


Proses jahit piping ni sama saja macam proses menjahit piping yang ready-made yang kita boleh beli di kedai , cuma saya buat piping sendiri dengan mengguna kain yang sama dengan baju . Teknik jahitan piping yang saya tunjukkan dalam entry kali ni ada la cara yang selalu saya guna dan di harap dapat memberi info kepada sesiapa saja......
Happy sewing.....
Potong menyerong 45 darjah kain yang sama dengan baju , gunakan pembaris L square untuk mendapat garisan yang lurus dan kemudian tanda 4 cm pada kain untuk lebar piping serta tandakan pada kain ukuran panjang piping ikut pada luas leher baju tersebut . Bila dah siap di tanda ukuran piping ini pada kain , boleh la di potong piping ini dan kemudian kain piping ini di lipat 2 serta di sterika .


Lipat kain piping ini menjadi 4 bahagian ( setiap bahagian menjadi 1 cm) dan sterika dengan kemas.


Pastikan bahagian basi baju dan piping ini disatukan dengan kemas kemudian dijahit bersama .


Bila dah habis jahit sekeliling leher , bahagian basi leher ini di kacip/snip supaya memudahkan proses jahitan seterusnya nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .