MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, August 4, 2010

PILIHAN ABAH


Pagi tadi saya pilih kain-kain untuk dress Adlina serta blouse untuk Aisyah dan saya jumpa balik kain sulam untuk kebaya ni . Kain chiffon bersulam dengan kain batik jawa ni suami saya beli special untuk Aisyah masa suami out station ke Labuan hujung tahun lepas . Pandai abah buat pilihan color pink yang memang favorite color Aisyah la .

Saya memang tak sangka suami akan beli kain bersulam siap dengan kain batik ni untuk anak kami Aisyah sebab memang dari dulu saya yang pilih jenis kain , corak dan warna kain untuk baju anak-anak . Rupa-rupanya suami saya bagi tau kain bersulam ni di jual dengan harga yang murah di Labuan tu yang buat dia pun minat nak beli . Pada mulanya suami saya tu nak beli untuk saya tapi semua kain kebaya sulam ni hanya la untuk wanita yang bersaiz "M" dan "S" je so memang tak ada la saiz untuk badan besar macam saya ni hehehe tak pe la . So hubby belikan parfume di kedai bebas cukai sebagai ole-ole untuk saya dari Labuan....

Ini la kain kebaya sulam dengan kain batik yang suami saya beli kat Labuan . Cantikkan pilihan abah Aisyah ni untuk anak gadis dia tu , lembut saja warnanya dan Aisyah pun suka sangat tengok kain ni . Berkebaya sulam la Aisyah raya tahun ni..



Halus hasil sulaman ni dan kain chiffonnya pun dari jenis kualiti yang bermutu tinggi dan kalau di sini saya tengok mahal juga harganya .

2 comments:

  1. sulam n warna pink tuh sgt kena.. sgt cantik. berapa harganya kat kat labuan yer?

    ReplyDelete
  2. kak,
    kain batik pink dia lembut je warnanya. sesuailah utk anak dara tgh naik mcm aisyah. sweet sesweet- sweetnyer...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .