MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, February 25, 2011

Simple tiered dress

Lama betul saya tak masukkan n3 tentang jahitan kan so hari ni bermulalah balik aktiviti berblog saya dengan cerita hasil jahitan saya yang pertama ni . 2 tiered dress ni simple je sesuai la untuk dipakai bila kami nak jalan-jalan hujung minggu ni . Adlina pun suka kalau dressnya simple tak begitu fitting sebab mudah untuk dia bergerak . Dress ni pun memang jenis kembang berangin je bila pakai dan sesuai sangat dipakai time cuaca panas .

Lina yang malu-malu pulak nak posing hehehe..

Awal bulan baru-baru ni saya berkemas almari stok kain so adalah dalam 4 pasang dress yang dalam proses saya nak siapkan dan semuanya dress yang simple je . Walaupun simple tapi still cute dan sweet untuk Adlina pakai bergaya . Paling penting semua dress hand made by mama untuk Adlina tersayang...

Adlina baru nak senyum bila bergambar . Saya memang cadang nak siapkan banyak helai dress untuk Adlina sementara dia masih kecil lagi sebab bila dah makin besar belum tentu dia nak pakai dress kembang atau beropol renda .

Bahagian belakang dress , saya buat riben dari kain corak gingham simple je ni tapi sweet bila Adlina pakai..

Bahagian atas dress saya buat guna pola peasant blouse . Simple serta mudah untuk dijahit...

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .