Pagi Isnin dah tiba dan bermula lah minggu baru dalam hidup kita ni ya , syukur alhamdulillah kerana kita semua masih diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk meneruskan kehidupan di dunia ni . Alhamdulillah juga kita masih diberi kesihatan yang baik dan semoga hidup kita terus dirahmati dan dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta`ala...
Minggu ni anak sulung saya , NurAisyah akan menghadapi exam awal tahun . Aisyah baru 3 bulan melangkah ke Tingkatan 1 , so dia agak suspen la juga sebab ni kira kali pertama Aisyah hadapi exam dengan beberapa subjek baru . Doa saya moga anak saya ni dapat menjawab semua soalan exam dengan baik dan dalam keadaan bersedia serta tenang .
Nur Aisyah...
Masuk tahun baru 2011 ni saya cadang pada Aisyah untuk buka blog dia sendiri . Actually dari awal tahun 2010 saya dah bagi idea pada Aisyah untuk ada blog tapi bila saya fikir balik last year kan dia tengah concentrate dengan exam UPSR so tahun ni bila dah masuk form 1 saya rasa Aisyah dah cukup ready untuk melayari dunia cyber dengan blog dia sendiri . Kalau Mamanya dah aktif berblog mesti la anak pun ikut sama hehehe .
Pada saya jadi blogger ni banyak juga faedahnya . Saya nak Aisyah aktif berblog sebab bila dia nak buat n3 Aisyah perlu berfikir secara kreatif selain tu Aisyah boleh tingkatkan tahap penulisan dia dari semasa ke semasa . Melalui blog pun Aisyah boleh meluahkan isi hati n boleh kongsi idea dengan pemgunjung blog dia . Sebagai ibu memang bagi galakan untuk Aisyah berblog dan sekarang ni lepas 2 bulan nampak gaya Aisyah dah happy ada blog dan semakin selesa menulis buat n3 di blog baru dia tu .
Pada pengunjung yang sudi jom la singgah dan luangkan sedikit masa anda ke blog baru anak saya ni , jom la singgah dan klik di sini ya TIMES OF MY LIFE.. , luahan rasa dan berkongsi idea n cerita oleh Nur Aisyah Affandey..
Cuti sekolah makin dekat ni , ke mana kita nak bercuti kali ni ya...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .