MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, March 16, 2011

Cuti sekolah

Cuti sekolah kali ni saya besama keluarga bercuti ke Terengganu dan Kelantan . Sekarang ni saya masih di Kota Bharu dan lepas ni kami nak keluar jalan-jalan lagi . Memang best dapat bercuti ke tempat dan negeri yang dah lama kita plan nak pegi dan saya memang dah lama sangat nak ke Kota Bharu sebab kali terakhir saya ke sini masa saya praktikal selama 5 minggu di KB pada tahun 1993 . Sekarang ni bandar KB dan negeri Kelantan banyak sangat berubah .

So n3 kali ni saya masukkan gambar saya dengan anak-anak semasa kami bercuti di Kuala Terengganu dan gambar saya bersama totebag jeans yang saya sempat siap sebelum cuti sekolah..

Totebag jeans yang saya baru siapkan sebelum cuti sekolah..


Ini adalah kali kedua kami ke Taman Tamaddun Islam , pada tahun 2007 saya dan anak-anak ikut serta suami yang libat dengan Islam Hadhari . Masa tu Taman ni belum siap sepenuhnya so kami hanya dapat tengok dari luar saja . So kali ni baru la kami dapat masuk dan tengok semua bangunan minature masjid yang dibina sebiji macam bangunan asal dan sangat cantik...

Anak-anak posing disamping replika masjid , Adlina kata dia jadi macam giant pula bila berdiri di sebelah replika masjid ni macam cerita Ultraman :)

Dua orang permata hati saya ni cukup happy sepanjang masa kami bercuti kali ni








Anak-anak saya seronok sangat disini..

Ok sampai sini dulu nanti bila ada kelapangan lagi saya akan buat n3 lagi...

Bye...happy holiday...

2 comments:

  1. seronok kan cuti2 di terengganu...saya dah sampai taman tamadun islam masa bercuti 2 tahun lepas. memang seronok, yang tak syok hujan sepanjang hari..silap haribulan laaaa

    ReplyDelete
  2. to zuwaidah,
    alhamdulillah mmg seronok , saya pun dah pergi taman tamaddun islam masa majlis pelancarannya Feb 2007 masa Islam hadhari tapi tak boleh masuk sbb belum siap sepenuhnya so kali ni pergi mmg best betul la walaupun hari mendung tapi masih seronok :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .