MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, January 4, 2011

Adam pun nak sekolah

Kali ni n3 saya kisah Adam serta gelagat dia semalam masa kami hantar Adlina ke sesi hari pertama persekolahan . Adam ni suka ikut apa saja yang kakak Adlina buat dan masa di sekolah semalam ke mana saja Adlina pergi Adam nak ikut sampai kan masa perhimpunan pun Adam sama nak berbaris hehehe . Gelagat Adam memang mencuit hati....ala manja mama tu....

Adam yang dah penat main berlari sana-sini dan melompat serta main dengan kakak Adlina lepas tu Adam pun nak join kakak dia berbaris masa perhimpunan petang semalam . Adam berdiri betul-betul belakang Adlina dan tengok la tu Adam pun tengah dengar pengumum dari cikgu .


Gelagat Adam yang berdiri tegak belakang kakak dia ni semuanya adalah sepontan sebab dia tengok semua abang serta kakak keliling dia berbaris tegak so Adam pun sama join berdiri tegak hehehe..

Adam peluk Adlina tak mau lepas dan bila Adlina dah mula jalan nak masuk kelas Adam nak ikut . Bila kakak Adlina jalan makin jauh Adam pun mula la menangis . Alaaa kesian sayang mama tu...kakak dah sekolah tinggal dia sorang ya...


Adam kena tunggu ya tahun depan baru Adam pula masuk sekolah Tadika..


Ni la suasana semalam di sekolah kebangsaan punya la ramai ibu bapa hantar anak-anak ke sekolah termasuk la saya dan suami hehehe. Hari pertama anak masuk ke tahun 1 memang satu perkara yang sanagt penting bagi setiap parent .

Langkah pertama yang akan membawa seribu makna moga Adlina akan tekun belajar dan berusaha untuk mencapai kejayaan di sekolah agama dan kebangsaan..


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semalam...

2 comments:

  1. kakak adlina dah sekolah ye.. semoga kakak rajin2 belajar ye.. kakak aisyah masuk asrama tak kak?

    ReplyDelete
  2. To Ain,
    Aisyah tak masuk asrama dia x mau berenggang dgn family tak pe la . Adlina dahmasuk sekolah suka sgt dia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .