MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, March 3, 2011

Kotak-kotak dan bunga..

Hari ni saya dapat siapkan lagi satu zipped pouch untuk diri sendiri pula . Semenjak dua menjak ni saya tengah seronok menjahit buat zipped pouch la pulak , ok la kan yang best nak buat zipped pouch ni tak la susah sangat dan hasilnya alhamdulillah memuaskan cukup cantik pada pandangan mata saya ni..

Saya memang suka sangat guna kain corak gingham ni , tak tau la kenapa mungkin sebab corak kotak-kotak dengan warna yang lembut nampak sweet sangat bila digabungkan dengan kain bercorak . Favorite color saya semestinya warna merah jambu la dan corak kain pula mesti bunga-bunga kecil .

Teknik saya nak decorate zipped pouch ni mudah dan simple saja tanpa guna apa-apa renda dan juga tit-bits lain macam rose bud dari ribbon atau butang hiasan...

Selalunya sebelum nak menjahit saya dah ada idea macam mana rupa hasil projek jahitan saya nanti dan kadang-kadang saya suka sketch dulu idea saya tu supaya lebih mudah bila nak buat nanti tapi kalau projek simple macam pouch ni idea tu datang spontan saja...

Dah pun siap dan macam ni la rupa zipped pouch untuk saya guna nanti . Saiznya 12" lebar x 7" tinggi . Cukup besar dan boleh diguna untuk isi macam-macam benda dalam pouch ni . Kain base saya guna kain jenis jeans yang agak keras dan untuk patchworknya saya guna perca kain saja.....

Bahagian bawah pouch saya jahit bahagian bucu supaya bila siap pouch bag ni boleh ditegakkan serta ruang simpanan bahagian dalam lebih luas dan besar ..
Saya guna teknik tampal dan top-stitch untuk patch work kain gingham dan corak bunga halus . Teknik macam yang saya guna ni memang mudah dan projek jahitan cepat siap . Bila menjahit ni kita kena fikirkan teknik yang paling mudah dan senang supaya projek jahitan kita dapat disiapkan dengan cepat dan hasil jahitannya kemas..


Menjahit memang menjadi terapi dan cara untuk saya releks sama macam bila saya dapat hasilkan lukisan atau painting . Segala idea dapat saya luahkan dan saya rasa puas sangat bila satu-satu hasil seni dapat saya siapkan tak kira sama ada projek jahitan yang simple atau painting yang besar dan perlukan lebih tumpuan untuk disiapkan . Visual arts is a part of my life....

Jahit sana kemudian jahit cantum sini betul-betul buat saya menjadi leka . Bila kita buat aktiviti yang memang kita suka masa terasa cepat betul berlalu . Sama la macam saya bila menjahit sekejap je terasa masa bergerak dan akhirnya siap la juga projek jahitan saya untuk hari ni....Bila dah siap saya isikan pouch saya ni dengan benang-benang untuk craft felt . Actually ada lagi zipped bag yang saya nak siapkan ni . Saya nak buat lagi untuk disimpan dan boleh diberi sebagai hadiah pada kawan-kawan atau saudara , untuk anak-anak memang dah saya buatkan sorang satu. Ok lah sampai sini dulu n3 saya untuk hari ni........happy sewing..

13 comments:

  1. akak..
    sgt cantik combination ni..suka tgk..
    nnti nk buat camni gakla..hihi

    ReplyDelete
  2. bestnye pandai menjahit ... -____-!

    ReplyDelete
  3. ermm..walaupun simple..tp cantik dan kemas...bila saya dapat uat mcm ni ekk..

    ReplyDelete
  4. praktis dan manis sekali ^-^

    ReplyDelete
  5. Assalam kak..bleh ajar x nak wat ni cmner..

    ReplyDelete
  6. To Zu,
    hehehe Tq TQ simple je ni , ok Zu buat la nanti masuk blog ya blh kongsi tgk

    ReplyDelete
  7. TO Zakiah,
    alhamdulillah syukur blh la jahitan simple saja ni

    ReplyDelete
  8. To Ain ,
    Terima kasih ya Ain :)

    ReplyDelete
  9. To Saidatul,
    Cuba la mesti Saidatul blh buat juga , TQ hasil jahitan saya ni simple tapi ok la kan

    ReplyDelete
  10. To Tri Mardiyanti,
    Terima kasih ya , sila dtg lagi ke blog saya ni

    ReplyDelete
  11. wlksalam Sharifah,
    insyallah kalau akak ada masa free akak tunjukkan caranya

    ReplyDelete
  12. nannie,memang addictive buat small-small pouch..lebih2 lagi kite dah menguasai selok belok membuatnye.Kerja jadi cukup senang kan..Gingham dan bunga kecil memang jodoh bersama...manis sungguh.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .