MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, March 22, 2011

Singgah di kebun strawberri..

Masa first day sampai kami tak sempat pun nak ke kebun buah strawberri so masa second day lepas sarapan Aisyah dah tak sabar nak ke kebun strawberri . Banyak juga kebun stawberri yang kami pegi tapi kebanyakkannya tak boleh masuk ke dalam kebun untuk kami petik sendiri buah strawberri tu . Last sekali kami singgah satu kebun strawberri yang besar . Bila dah masuk dan tinjau kat dalam kebun tu saya boleh nampak ramai juga pelancong yang tengah seronok petik buah strawberri .

So, akhirnya tercapai la hasrat Aisyah nak masuk ke kebun dan petik sendiri buah strawberri yang masak ranum . Saya , Aisyah dan Alina yang masuk ke dalam kebun strawberri tu dan bayaran nak masuk pun ok tak mahal RM20 untuk 3 orang dan kami di bagi satu tray polysterin . Kami boleh kutip sebanyak mana buah yang kami nak tapi kalau terlebih beratnya kena la bayar xtra di kaunter . Seronok sangat Aisyah dan Adlina termasuk la maknya ni hehehe ye la pengalaman baru dapat petik buah strawberri segar dari ladang . Bila dah sampai rumah separuh buah strawberry tu saya dah masak buat sos untuk dimakan dengan waffle dan separuh lagi saya nak masukkan dalam cheese cake dan resepinya saya akan masukkan dalam blog RESEPI NANNIE ya..

Ok jom tengok gambar-gambar kenangan kami di kebun strawberri tu , 20-15 tahun dulu kalau pegi Cameron saya seronok nak tengok kebun bunga dan ladang teh tapi sekarang ni anak-anak saya excited nak masuk ladang buah strawberri . Bila jalan-jalan di sekitar Cameron ni memang banyak sangat kebun strawberri dan ramai peniaga yang buka gerai jual buah strawberri fresh dengan harga yang murah berbaloi la kalau nak beli buah strawberri ni xtra sebab macam-macam resepi yang guna buah strawberri ni..


Happynya Aisyah..pengalaman baru..

Adlina bergaya dengan t-shirt baru yang dia pilih sendiri , t-shirt ni saya beli di gerai pasar malam Cameron dan gambar t-shirtnya buah strawberri juga la..

Aisyah dan Adlina posing lagi..


Happynya Aisyah yang tengak busy petik buah strawberri . Buah strawberri ni manis masam so kalau nak sedap makan la dengan aiskrim atau waffle dan dicelup dengan coklat ganache hmm yummy dan kalau dibuat strawberry milk shake pun sedap juga . Semua resepi akan saya masukkan dalam blog masak saya nanti ya..

Fresh strawberries yummy..

Banyaknya buah strawberry..

Penuh pokok strawberri yang ditanam dalam pasu bergantung macam ni dan ditanam dalam beg plastik hitam serta disusun penuh atas para keliling kami . Pokoknya semua hidup subur dan berbuah lebat . So pilih saja yang mana bekenan saiz buah pun besar serta fresh..

Happy anak-anak saya ni tercapai dah hasrat nak petik buah strawberri fresh..mama pun happy juga hehehe...

Nur Aisyah yang happy dengan hasil kutipan sendiri..


Di bawah para-para pokok strawberri ada juga ditanam bunga kobis ishhh geram saya tengok laa rasa macam nak petik je bestnya kalau saya boleh tanam sayur macam ni kat rumah sendiri hehe insyallah...

4 comments:

  1. sedapnye tgk!! anyway, salam.. rajin2, meh laa ziarah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  2. besar2 and banyak nyer buah dia..manis tak?..dulu masa akak pergi tak berapa nak manis tapi ok lah..pagi2 we all sarapan stoberi..hehehe..lama dah tak pergi cameron..one find day..ingat nak datang balik..

    ReplyDelete
  3. to jhazkotaro.
    mmg sedap tapi kena makan dgn aiskrim sebab bauhnya masam manis , ok nanti akak gi ya

    ReplyDelete
  4. to kak salmi,
    mmg besar buahnya tapi x manis sgt masam2 manis hehehe waa sdp tu sarapan dgn stoberi , sya ingat nk naik lgi tunggu cuti sekolah lagi hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .