MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, December 11, 2009

ROSE n RENDA


Selamat pagi Jumaat....

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah buat entry ok la kan sebabnya internet kat rumah saya ni bila pagi lagi laju servisnya kejap je saya boleh siapkan entry . Kali ni saya nak berkongsi hasil guhahan simple yang saya buat malam Rabu lepas . Sebelum ni saya selalu buat entry tentang koleksi pingan mangkuk atau teko dan cawan-cawan antik terbaru saya so kali ni kira lain la sikit cerita entry saya .

Kami sekeluarga nak pegi berholiday untuk hujung minggu ni so saya pun bercuti la juga dari buat apa-apa entry untuk blog saya ni tapi kejap je pun hari Ahad ni kami dah balik ke rumah .

Saya sempat la juga buat kraftangan yang simple-simple ni sebelum kami berholiday......


Saya gunakan bakul rotan dan bekas bertutup serba guna untuk projek gubahan saya kali ni . Bahan asas lain bunga rose , lace dan macam-macam bunga kecil .

Dah pun siap bakul ku ini


Bekas serba guna yang di make over

Roses and daisy

So , ok la bye-bye dan selamat berhujung minggu untuk semua kawan-kawan serta pengunjung blog saya ni.......TaTa........

Hope you all have a great weekends ^_^

Friday, December 4, 2009

PROJEK PATCHWORK SIMPLE

Selamat petang yang redup dan sejuk , hari ni saya buat aktiviti menjahit sikit . Semalam masa saya kemas kotak-kotak berisi koleksi kain-kain yang saya simpan dan saya jumpa la perca-perca kain yang dah lammmmaaa sangat saya simpan ada la dalam 12 tahun dah saya simpan . Sebelum ni saya ada cari tapi tak jumpa sebab saya tak ingat mana saya letak perca-perca kain saya ni lain kali saya kena labelkan la kotak-kotak simpanan ni .
Al-kisahnya 12 tahun dulu saya berkerja di sebuah company interior yang famoussss sangat dengan konsep English Deconya (company ini jual koleksi Portmeirion dari UK) sebagai interior decorator. Company ni ada jual banyak sangat koleksi kain-kain designers label untuk soft furnishings macam untuk langsir , sofa , cadar , cushion covers serta ada wall papers dan macam-macam perabot lagi .
So, perca kain ni sebenarnya adalah sample bagi kain-kain yang dijual . Bila kain-kain ni dah discontinued , fabrics sample book ni akan buang . Saya minta dari boss sample book yang nak dibuang ni dan saya kutip bawa balik rumah la.
Perca kain ni semuanya besar dalam 20 inci x 20 inci , masa kutip tu memang saya dah plan nak buat kusyen cover . Tapi bila dah bawa balik rumah dan kain-kain ni saya simpan dalam kotak dan kami pindah-randah , saya jadi lupa sampai 12 tahun baru teringat balik hehehhehee........
Bila dah dibelek balik saya ingat lagi best kalau kain-kain ni saya jahit buat jadi comforter sebab kain perca ni dari jenis medium soft cotton , so memang sesuai dibuat cadar , comforter atau kusyen cover .
So , pagi tadi saya dah jahit sambung-sambungkan semua sample cloth ni , cuma saya nak susun dulu dan ukur besar mana saya nak buat comfertor ni .

Cantikkan corak kain ni , semuanya English motif dan harga kain ni pun mahal semeter je dalam RM 50-100 itu harga 12 tahun dulu , sekarang ni tak tau la berapa ye . Saya pun dah 9 tahun tak gi melawat showroom company ini yang sekarang ada kat Great Eastern Mall , dulu masa saya kerja company ni di Ampang Point dan headquatersnya di Yow Chuan Plaza . Maybe sebelum Christmas ni saya boleh pegi kejap mana la tau ada lagi kawan lama yang kerja di situ.

Tapi yang saya menyesal sangat-sangat kenapa la masa saya kerja dulu saya tak beli pinggan mangkuk Portmeirion sebab dulu murah la sangat , masa tu mana la saya ingat nak beli sebab duit gaji semuanya disimpan untuk projek lain . Lagi pun masa tu muda lagi , umur baru 24 tahun mana la minat nak kumpul pinggan mangkuk yang saya tau nak kumpul handbag atau kasut......hehehehehe biasa la kan.......

Saya baru nak susun-susun dan match kan corak-corak kain ni bagi sesuai . Saya ada satu lagi samplebook corak kain yang sama tapi jenis hard cotton , mungkin kain tu sesuai untuk saya buat cushion covers .

Label untuk kod kain bagi brand ini , kain ni dah discontinued dah tak dicetak lagi corak macam ni , kualiti kainnya 100% cotton made in UK uuuuuu .

Mula-mula saya plan nak buat lapik meja tapi nanti habis la kotor dengan kesan kuah tumpah dan macam-macam lagi . Lagi baik saya buat comforter . So ok lah nanti bila dah siap projeknya saya akan masukkan gambar dalam blog.......bye....

Saturday, November 28, 2009

JALAN-JALAN


Selepas balik dari rumah kak Aton kami terus pegi ke pekan Tanjung Karang dan singgah ke pasar , suasana pasar memang sibuk dengan orang ramai yang shopping persiapan raya korban . Kami sekeluarga jalan-jalan kat sekitar kawasan pasar ni dan saya ada la beli sikit barang dapor kat pasar ni .

Kami singgah di gerai jual sarung ketupat , anak saya first time tengok ni dah macam lawatan sambil belajar pulak ...


Mentarang dan kerang yang fresh , sebelum balik saya singgah ke pasar Pasir Penambang untuk beli beberapa jenis ikan , ketam , kerang giant dan macam-macam lagi la semuanya tersangat la fresh sebab Pasir Penambang ni ada la perkampungan nelayan dan ada jeti serta harga pun lebih murah dari hypermarket atau pasar kat rumah saya tapi yang paling penting semuanya sangat fresh sebab baru naik dari laut.

Kemudian kami singgah kejap ke D`Muara Resort kat Kampung Sungai Hj Dorani , kami dah pernah holiday di Resort ni pada tahun lepas dan saya saja je nak pegi balik ke Resort ni untuk tengok suasana sekitar nya yang cantik dan untuk saya ambil gambar laa...


Masa sampai disana air laut baru pasang .....

GUMBIRANYA JUMPA KAK ATON


Salam buat semua pengunjung blog saya......

Hari ni saya masukkan entry yang special juga , saya dapat berjumpa dengan kak Aton ( blog kak aton ialah "Singgah Aton") . Terima kasih la saya ucapkan pada kak Aton kerana sudi terima kedatangan kami sekeluarga ke rumah kak Aton . Saya memang gembira sangat dapat jumpa dengan kak Aton sebab sebelum ni saya hanya dapat bercakap dengan kak Aton melalui talipon atau sms je , dengar suara je pun saya dah tau kak Aton ni mesra orangnya . Bila dah berjumpa depan mata memang betul la tekaan saya tu , kak Aton memang baik sangat orangnye , peramah , cepat mesra dan bergaya orangnya....

So , seperti yang dirancang kami sekelurga bertolak dari rumah pada awal pagi sebab selain nak pergi ke rumah kak Aton saya pun nak ke beberapa tempat lain juga . Sepanjang perjalanan tu saya teruja sangat nak jumpa kak Aton ni , saya rasa gembira macam nak jumpa dengan saudara yang dah lama saya tak jumpa .

Bila sampai saja ke rumah kak Aton , kami disambut mesra oleh kak Aton dan ahli keluarganya yang lain . Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada kak Aton......

Bila dah jumpa dan bersembang dengan kak Aton , saya rasa macam dah lama kenal je kak Aton , anak-anak saya pun memang seronok la sebab bahagian luar rumah kak Aton luas so mereka boleh main lari sana-sini sementara mak depa dok tengah syok tengok koleksi kak Aton yang mabelous juga , paling saya bekenan semestinya set bunga dahlia biru dan bunga sakura yang cukup lengkap bestnya........

Lama juga la saya berada di rumah kak Aton , saya memang leka melihat segala koleksi kak Aton yang lengkap dan cantik tu . Selain tu kami pun bersembang macam-macam kisah tentang koleksi set cawan dan teko yang kak Aton kumpul ni. Bila tengok gambar ni baru saya perasaan yang saya dan kak Aton serta Aisyah pakai baju warna ungu hehehe macam kami dah berjanji saja....

Bila dah nak balik kami pun sempat berposing ambil gambar untuk di buat kenangan sebab tak tau la bila dapat jumpa lagi .Cantikkan koleksi piring batik yang kak Aton ada ni dan masih cantik semua piring ni.

Saya pun sempat berposing dengan Adam dekat almari kaca kak Aton yang ada koleksi lengkap set bunga Sakura , set bunga dahlia biru dan english roses. Bila dah nak balik baru saya teringat yang saya tak sempat pun tengok koleksi pokok kaktus kak Aton yang banyak dan tumbuh dengan subur tu . Masa mula sampai tu saya dah nampak tapi bila dah masuk dalam rumah terlupa pulak , tak pa la saya tengok kat blog kak Aton saja la...


Cantikkan pemandang di sekitar rumah kak Aton , ni gambar saya ambil masa baru keluar dari rumah kak Aton , pemandangan sawah padi yang luas dan kawasan sekeliling yang menghijau memang nyaman dan best sangat rumah kak Aton . Kalau ada peluang lagi saya teringin nak berjumpa dan pergi ke rumah kak Aton lagi . Terima kasih atas segalanya , saya ucapkan pada kak Aton insyallah nanti kita jumpa lagi yea , jemput la datang ke rumah saya pulak ya kak Aton. (masa dalam kereta memang saya tersenyum saja sebab gembira sangat dapat jumpa kak Aton)

So , sampai disini dulu n3 saya untuk petang ni , bye.....

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDILADHA 2009


Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua sahabat dan para pengunjung blog saya ni , di sini saya ingin mengucapkan......

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Sunday, November 22, 2009

KAMI BALIK KAMPUNG..


Cuti semalam hari Sabtu , kami sekeluarga balik ke kampung suami saya di Kuala Klawang , sebulan atau dua bulan sekali memang kami akan balik menziarah sambil bercuti ke kampung suami saya yang masih tenang dan jauh dari hiruk-pikuk bandar raya . Selalunya kami akan bermalam tapi kali ni balik hari saja sebab hari Ahad nanti kami ada agenda lain pula .
Kuala Klawang ni walaupun dekat sangat dengan pekan dan bandar besar tapi suasananya masih macam perkampungan tradisional melayu , tiada pembangunan macam kilang so keadaan pekan dan perkampungannya sangat tenang . Memang best sangat balik kampung suami sebab sekali-sekala nak berubah angin juga .
Kuala Klawang ni sebenarnya terletak di lembah bukit , kalau nak ke sana pun memang kita perlu melalui jalan kawasan Bukit Tangga yang keadaan jalannya sama macam jalan nak pegi Cameron Highland yang bengkang bengkok . Tapi sekarang ini jalan lama dah diganti dengan highway(sama taraf dengan highway la juga) yang dah lurus . Lereng bukit ditarah dan gaung di timbun/tambak supaya menjadi rata untuk dibina jalan dan jambatan baru tapi kita masih perlu melalui jalan mendaki bukit dan kemudian kita akan menuruni bukit ini pula untuk sampai ke kawasan penempatan kampung dan bandar Kuala Klawang .
Suasana Kuala Klawang ni yang terletak dilembah dan dikelilingi bukit bukau di sekelilingnya dan kawasan hutan yang masih tebal terpelihara menyebab kawasan di sini masih sejuk dan udaranya sangat segar.
Tambahan sekarang musim hujan memang selalunya kawasan kampung suami saya berkabus pada awal pagi sehingga pukul la pukul 9-10 pagi , kawasan jalanraya juga berkabus di beberapa tempat macam gambar di bawah ni.
Suasana kabus ni perkara biasa pada kawasan di area ni pada awal pagi , saya ambil gambar ni pada pukul 7.30 pagi . Dulu sebelum jalan highway ni dibina cuaca di kawasan ni lebih sejuk . Jalan baru ni dibina dari jalan bermulanya Bukit Tangga sampai lah ke Jeram Toi , kalau sesiapa yang biasa lalu jalan ni mesti tahu.


Highway/jalan yang baru dibina dalam tahun 2004 ni memendekkan masa perjalanan nak ke Kuala Klawang dan ke Pahang . Tapi disebabkan pembangunan banyak sangat pokok perlu ditebang dan kawasan hutan yang perlu dirata untuk diguna buat jalan baru ni . Macam ni la keadaan jalan pada awal pagi lenggang kenderaan sikit sangat , saya memang tak berani kalau nak balik kampung suami lepas pukul 9 malam sebab jalan ni memang sunyi.


Jalan menuju ke Kuala Klawang dan kampung suami , pemandang kiri-kanan jalan yang sangat hijau dan tenang sangat, memang best rasa macam gi holiday pulak hehehe tapi sebenarnya nak balik kampung ni ...


Kami terus pergi ke pekan Kuala Klawang dulu sebab suami saya nak menziarah tok dan wan dulu , dalam gambar ini adalah pekan Kuala Klawang dan ini adalah satu-satunya traffic light yang ada kat pekan ni . Pekan ni kecil dan tenang saja , kalau belok ke kanan dan terus saja boleh sampai ke kampung tok suami saya ..

BALIK KAMPUNG


Selalunya kat blog saya ni entrynya banyak pasal koleksi pinggan mangkuk antik saya atau tentang hasil jahitan saya , kali ni memang saya buat entry yang lain sikit , saja je cuci-cuci mata dengan pemandangan desa menhijau sejuk jeeee........

Kami pergi dulu ke pekan Kuala Klawang untuk menziarah wan dan tok dulu dan ini la rumah tok suami saya , dulu rumah papan tapi sekarang tengah dalam proses nak buat rumah baru sebab rumah yang lama dah uzur sangat tapi bahagian bilik belakang masih dikekalkan dan diperbaiki , di bilik tu la tersimpan segala macam koleksi pinggan mangkuk.......


Bila dah jumpa dengan wan dan tok baru la kami balik ke rumah suami saya di kampung Renal , sebenarnya Kampung Renal ni sebelum sampai pekan Klawang tapi kami terlajak sampai pekan dulu sebab nak melawat tok/wan suami saya dulu dan lepas tu kami patah balik ke kampung suami saya pulak....


Jalan masuk menuju ke rumah mak dan abah...pemandangan lembu ni biasa la , lembu-lembu memang suka lepak kat jalan . Bila balik kampung anak-anak saya memang suka sangat sebab boleh jumpa dan tengok macam-macam jenis binatang peliharaan di sekitar kampung atau di rumah tok mereka sendiri...


Rumah jiran , cantikkan....