MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, December 4, 2009

PROJEK PATCHWORK SIMPLE

Selamat petang yang redup dan sejuk , hari ni saya buat aktiviti menjahit sikit . Semalam masa saya kemas kotak-kotak berisi koleksi kain-kain yang saya simpan dan saya jumpa la perca-perca kain yang dah lammmmaaa sangat saya simpan ada la dalam 12 tahun dah saya simpan . Sebelum ni saya ada cari tapi tak jumpa sebab saya tak ingat mana saya letak perca-perca kain saya ni lain kali saya kena labelkan la kotak-kotak simpanan ni .
Al-kisahnya 12 tahun dulu saya berkerja di sebuah company interior yang famoussss sangat dengan konsep English Deconya (company ini jual koleksi Portmeirion dari UK) sebagai interior decorator. Company ni ada jual banyak sangat koleksi kain-kain designers label untuk soft furnishings macam untuk langsir , sofa , cadar , cushion covers serta ada wall papers dan macam-macam perabot lagi .
So, perca kain ni sebenarnya adalah sample bagi kain-kain yang dijual . Bila kain-kain ni dah discontinued , fabrics sample book ni akan buang . Saya minta dari boss sample book yang nak dibuang ni dan saya kutip bawa balik rumah la.
Perca kain ni semuanya besar dalam 20 inci x 20 inci , masa kutip tu memang saya dah plan nak buat kusyen cover . Tapi bila dah bawa balik rumah dan kain-kain ni saya simpan dalam kotak dan kami pindah-randah , saya jadi lupa sampai 12 tahun baru teringat balik hehehhehee........
Bila dah dibelek balik saya ingat lagi best kalau kain-kain ni saya jahit buat jadi comforter sebab kain perca ni dari jenis medium soft cotton , so memang sesuai dibuat cadar , comforter atau kusyen cover .
So , pagi tadi saya dah jahit sambung-sambungkan semua sample cloth ni , cuma saya nak susun dulu dan ukur besar mana saya nak buat comfertor ni .

Cantikkan corak kain ni , semuanya English motif dan harga kain ni pun mahal semeter je dalam RM 50-100 itu harga 12 tahun dulu , sekarang ni tak tau la berapa ye . Saya pun dah 9 tahun tak gi melawat showroom company ini yang sekarang ada kat Great Eastern Mall , dulu masa saya kerja company ni di Ampang Point dan headquatersnya di Yow Chuan Plaza . Maybe sebelum Christmas ni saya boleh pegi kejap mana la tau ada lagi kawan lama yang kerja di situ.

Tapi yang saya menyesal sangat-sangat kenapa la masa saya kerja dulu saya tak beli pinggan mangkuk Portmeirion sebab dulu murah la sangat , masa tu mana la saya ingat nak beli sebab duit gaji semuanya disimpan untuk projek lain . Lagi pun masa tu muda lagi , umur baru 24 tahun mana la minat nak kumpul pinggan mangkuk yang saya tau nak kumpul handbag atau kasut......hehehehehe biasa la kan.......

Saya baru nak susun-susun dan match kan corak-corak kain ni bagi sesuai . Saya ada satu lagi samplebook corak kain yang sama tapi jenis hard cotton , mungkin kain tu sesuai untuk saya buat cushion covers .

Label untuk kod kain bagi brand ini , kain ni dah discontinued dah tak dicetak lagi corak macam ni , kualiti kainnya 100% cotton made in UK uuuuuu .

Mula-mula saya plan nak buat lapik meja tapi nanti habis la kotor dengan kesan kuah tumpah dan macam-macam lagi . Lagi baik saya buat comforter . So ok lah nanti bila dah siap projeknya saya akan masukkan gambar dalam blog.......bye....

10 comments:

  1. slm nannie, patchwork ni masa mula2 kahwin dulu, kak jahit utk anak sulong sarung tilamnya.potong kain tu 4inci x 4 inchi..pink colour ...masa tu semua jahit sendiri..le ni nak pegang mesin pun fikir 10 kali..masa berubah begitu cepat......

    ReplyDelete
  2. amboiii cantikkknya kain2 tuh......yang penting limited edition kan...hehe..macam sayang nak guna..... :)

    ReplyDelete
  3. nannie.
    akak baru nak belajar nak buat patchwork ni...

    so boleh kamu tutorial satu satu...hehehe banyak songeh pulak makcik ni...

    ReplyDelete
  4. Salam nannie, owhh janine tu yer..akak pernah shop kat ampang point tu jugak..and bought my first pomona teaset kat situ :-). kenal norlia ? dia still ada kat ge mall..lamaa sungguh dia ngan janine..noriah kat bangsar..takpe la..nannie, slow2 kumpul..I took me many2 years to collect also :-)

    ReplyDelete
  5. rajinnya nannie.kalau dah ada bakat tu,jgn disia-siakan.nanti siap tunjuk tau.tumpang seronok je lah,sendiri nak buat...hehe

    ReplyDelete
  6. wlkslaam kak ,

    waa best tu kak nnor ada jahit patchwork mesti cantikkan , mmg la masa berlalu begitu pantas saya pn dulu lagi ligat menjahit skrg ni dah kurang dah...

    ReplyDelete
  7. to Diesha,

    cantikkan , kain dah nak di buang akak kutip jadi la nak beli mana la ammpu masa tu skrg pun tak mamapu juga kalau nk beli pun heheh ye la limited edition perca pun perca la sambung2 boleh juga diguna kena guna la juga sebab dh lama sgt simpan hehe

    ReplyDelete
  8. Alaa kak saya pakai jahit je ni nak buat patchwork simple2 je hehehe segan la nak buat tutorial ....

    ReplyDelete
  9. Wksalam kak Salmi ,
    Betul la tu Janine , saya kerja tahun 96-97 kejap je dalam 2 tahun , tak kenal la saya dengan norlia , masa saya kerja di Janine out letnya di Ampang Point n Yow Chuan Plaza , bila You Chuan Plaza di tutup baru Janine gi GE Mall dan kat Bangsar pn buka lepas saya berhenti dari Janine masa saya kerja bos saya Chow Hong menantu Datin Geik wife pada Azmi , Karina bos saya dia ada di Yow Chuan Plaza saja , yang sama kerja dgn saya di Janine Ampang Point ialah Bee , saya rasa dia lama juga kerja jkat sana tak tau la dia still kerja di sana ke atau dah berenti juga .

    Saya x kumpul la Portmeirion ni tak mampu la tapi tak tau la pulak saya ada minta tolong kawan yg duduk di Uk tolong cari kan nanti tengok apa yg dia dapat n harga kats ana mcm mana mgkin ada sale ke blh la kot dapat harga rendah ^_^

    ReplyDelete
  10. to kak Shas ,

    Boleh la akak saya kena jahit juga kalau tak rasa mcm tak best jee , boleh la heheh ok nanti siap saya mskkan gambar kt blog ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .