MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, November 4, 2009

HUNTING DI NILAI 3

Hasil rembatan pertama dikedai KK , memang kalau saya pegi ke Nilai 3 kedai ni la saya pegi dulu . Kalau tak beli apa pun saya suka tengok saja. Kali ni pegi saya beli rak untuk saucers cumil yang saya ada banyak , dari saya simpan dalam lemari lagi baik saya pamerkan dengan guna rak-rak ini ...baru la cantik sentiasa saya boleh tengok...i loike....


Saya pun suka kumpul mug untuk kegunaan di rumah saya ni , yang ini saya beli di kedai $ 1.99 sen , cantik design dan shapenya yang penting murah dan berbaloi-baloi...

Kitchen towel ni pun saya jumpa di Nilai 3 , ada pertambahan pada kitchen towel ni saya nak jahit nanti ..tunggu ya entry yang akan datang saya masukkan gambar hasil jahitan saya yang dah siap nanti simple jee...


Jumpa banyak sangat kedai kain , ini la yang saya beli 100% cotton untuk saya buat baju tidur untuk Aisyah...kalau nak beli kat Reject shop pun mahal biar saya jahit sendiri lagi puas hati. Nak design fesyen macam mana pun boleh dan nak letak trimming atau lace pun ikut pada citarasa saya leee...

Bila nak bershopping saya memang suka ke Nilai 3 , semua barang ada yang penting kita kena pandai pilih . Dah lama la juga saya berulang pegi ke Nilai 3 kalau nak bershopping , sekarang ni saya memang tau kedai favorite saya so bila pegi tu terus saya tuju kedai-kedai tu tak yah buang masa mencari . Kat Nilai 3 ni banyak sangat kedai memang penat kalau nak masuk semuanya...

Special for mama...


Selamat pagi Rabu , apa kabar semua pengunjung blog saya yang sempoi ni, dah sarapan hmmm sedap tu makan apa ?? saya makan cereal saja cepat dan kenyang...hehehehe....
Selalunya saya berkongsi gambar koleksi jahitan atau pinggan mangkuk saya kan , kali ni saya masukkan la satu je gambar present yang hubby dan anak-anak saya bagi pada saya untuk birthday saya minggu lepas , saja je nak kongsi kegembiraan saya dengan pembaca blog saya ni ok la kan...
hadiah-hadiah dari tersayang...

Kotak /bekas kecil ni anak-anak yang bagi . Adlina cakap kat saya kotak shape love dan kotak kaler merah yang kakak dia pilih tu untuk saya isi brooch dan eksessori ...thanks sayang... mama suka sangat . Hubby saya macam biasa suka ke Body Shop.....thanks laling ..i loike...

To Mama..

Special birthday kad untuk saya dari Adlina , pagi-pagi Khamis anak-anak dah datang jumpa saya nak bagi big Hugs , kisses , presents dan kad birthday...


Adlina draw gambar kami sekeluarga dalam kad yang dia buat ini dan kak Aisyah ajar dia tulis very cute..thanks sayang...


Adlina lukis semua barang yang mama punya kat rumah ni bila saya tanya kenapa dia lukis semua objek ni Adlina kata semua barang-barang ni yang dia selalu dia nampak saya guna atau pakai . Saya minta dia explain semua objek yang dia lukis dan jawapan dia ada kat bawah ni ..hehee..

(dari kanan ke kiri) buku jahit-jahit mama punye, handbag mama yg banyak , mama suka pakai baju t-shirt, mama suka pakai seluar panjang , almari simpan baju mama , pen mama , kerusi computer yg selalu mama duduk berejam gadap computer hehhee , katil dengan bolster favorite mama , kotak mama simpan alat jahitan , kertas mama suka drawing dan langsir yang mama jahit kat rumah ni...observer rupanya Adlina ni....hehhe....

Ini pulak kad dari Aisyah dan abah dia .....Aisyah yang pilih semuanya , bila anak dah besar dia dah mula ada citarasa sendiri dan nak buat dicision sendiri apa yang dia nak beli , saya suka macam tu biar dia belajar jadi independent....

Thanks to my dearest laling , my bucuk bacin beloved Aisyah , Adlina dan Adam . thanks soooo much for the beautiful presents ..mama suka sangat..wangi je parfume..

Tuesday, November 3, 2009

HADIAH BIRTHDAY....

Selamat pagi pada semua pengunjung blog saya , n3 kali ni saya nak pamerkan pinggan mangkuk yang kakak-kakak saya bagi untuk birthday saya(Thursday lepas 29 Oktober) . Saya happy sangat sebab dapat present yang memang saya bekenan sangat....thanks kak Amy and Kak Ija , love both of u sooo much , thanks for being such a great and loving sisters......
Kak Amy bersusah payah cari pinggan mangkuk ni dan habis kotor la tangan Kak Amy dengan habuk (biasa la tu kan hehehe) . Disebab tau saya minat sangat dengan pinggan mangkuk antik , Kak Amy cuba cari corak bunga lama yang lain tapi semuanya tak cukup set of 6 pieces sebab kak Amy nak belikan saya set dinner 6 pieces , corak bunga roses ni yang memang ada banyak keping dalam pelbagai saiz dan bentuk . Corak roses ni saya ada jumpa di kedai apek yang saya gi dulu tapi tinggal sikit saja , tak sangka Kak Amy boleh dapat full dinner set untuk saya , i likeee...

I love soooo much the red roses pada pinggan mangkuk ni yang macam corak roses set pyrex arwah mak kami dulu . Lepas ni kalau saya gi jenjalan ke rumah Kak Amy boleh la saya singgah kedai apeks ni dan cari corak yang lain pulak..........

Red roses


Mangkuk nasi bunga kangkung ni pula present dari kak Ija (Persona Jewellery) , cantik saya suka sangat warna pada bunganya cukup terang dan tebing mangkuk yang berbiku-biku pun saya tak pernah tengok , thanks Kak Ija , love u banyak sangat ^_^
Bertambah lah lagi koleksi bunga kangkung saya , masa gi apeks pun saya dapat 2 mug bertutup corak bunga kangkung nanti la saya buat n3 bunga kangkung pulak...

Temacih banyak-banyak buat kakak-kakak ku , adik montelmu ni sukaaaaa sangat dengan semua present ni hehhehe..

Sunday, November 1, 2009

SULAMAN MAK.....

Last Saturday lepas pegi mencari di kedai apeks , saya juga pergi ke rumah kakak saya di Nilai . Sebelum ni dalam n3 yang lepas (masa raya) saya ada masukkan gambar-gambar embroidery arwah mak saya yang tersimpan rapi di rumah kakak saya . Ini la semua embroidery yang arwah mak saya buat tu , kakak saya letak dalam frame , cantik sangatkan...peninggalan arwah mak kami yang tak ternilai harganya....

Monday, October 26, 2009

SEPETANG DI JONKER STREET,MELAKA


Cuti hujung minggu lepas saya ikut kakak-kakak saya ke Melaka . Mula-mula sekali kami pegi Matrikulasi Sains Melaka dulu sebab Kak Ija nak ambil Azra yang baru habis exam dan akan bercuti panjang , lepas tu baru kami semua pergi Jonker Street .

Kami sampai kat Bandaraya Melaka ni around noon dan terus cari jalan ke Jonker Street ,tujuan utama kami pegi Jonker Street ni sebab Kak Amy nak cari almari antik untuk rumah baru dia so saya ngikut aje.....seronok juga sebab sebelum ni bila ke Melaka saya belum pernah lagi jalan-jalan di Jonker Street ni , sambil cuci mata boleh la juga saya hunting mana la tau dapat jumpa set teko dan cawan yang mampu di belikan.....

Saya ada jumpa satu kedai ni memang ada set teko dengan 6 cawan/creamer/bekas gula corak pokok kelapa dan meakin corak bunga apa nama entah saya dah lupa , tapi bila tengok harganya hmm RM 1200.00 huhuhuh.....saya tengok balik betul-betul harganya memang mata saya masih elok tak rabun lagi heheheheee..mahainya...saya pun senyum saja dan jalan berlalu keluar dari kedai tu....

Baru sampai ni , cuaca memang cantik....


Aisyah dan Adlina nak naik beca tapi tak sempat sebab saya nak ikut kak Amy cari almari antik dia tu dan kami semua pun belum habis jalan-jalan pusing Jonker Street ni , banyak betul kedai tak apa lain kali kita datang lagi yea...

Saya suka tengok interior dan ex-terior kedai-kedai di Jonker Street ni , kreatif betul cara tuan kedai decorate dan display bahan jualan di kedai masing-masing .Banyak betul pokok teratai /kiambang /buluh serta macam-macam jenis lagi pokok ditanam dalam pasu besar sekitar kaki lima kedai , cantik sangat pemandangan kat sini..

Paling ramai pelancong luar (foreigner) ...dia orang ni suka serounding /suasana exotic dan rustic , cafe serta restoran pun banyak dengan pelancong luar especially mat/minah saleh .


Banyak betul kedai jual furniture antik kat Jonker Street , saya dan kak Ija ikut saja Kak Amy masuk semua kedai antik ni cuci mata belek sana belek sini...... Memang cantik perabot kayu lama dari jenis kayu macam mahagony/teak serta masih kukuh semuanya design dolu-dolu lawa sangat...

Masa tunggu kak Amy kat luar kedai perabot antik ni , saya sempat la masuk satu kedai jual souvenir , asalnya anak saya nak beli mainan tapi rupanya kat dalam kedai ni ada juga dijual pinggan mangkuk antik tapi disebabkan kesuntukkan masa saya tak sempat nak belek habis semuanya dan saya hanya dapat beli 3 biji cawan bujang bunga peonies yang saya masukkan n3 nya pada minggu lepas tu...jadi lakan dapat la juga buah tangan dari Jonker Street ni...lain kali masa cuti sekolah boleh pegi lagi Jonker Street ni...memang best...



Lepas dah spend time dalam 2 jam lebih di Jonker Street dan di sebabkan tak dapat cari kedai makan yang sesuai (halal) kami semua pegi kejap ke Mahkota Parade dan makan di food court dalam shopping komplek ni....

We really had a great time di Melaka kali ni , insyallah cuti sekolah akan datang ni kami akan turun ke Melaka lagi dan terus ke Johor untuk bercuti......

Sunday, October 25, 2009

LACE


Saya suka guna macam-macam jenis laces sebagai trimming untuk dress yang saya jahit dan design . Gaun dan dress smocking memang jadi lagi cantik dan sweet bila di tambah dengan lace , saya memang suka pergi kedai Bunga Reben kat jalan TAR sebab ada macam-macam jenis lace , berbeza color dan saiz . Cantik-cantik belaka , bestnya kalau dapat beli semua....

Lace jenis nett


Lace cotton


Lace ni saya jahit pada hujung lengan dan hujung baju kurung raya anak-anak , saya tambah dengan beads.


Lace collar jenis tenun