MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, November 4, 2009

HUNTING DI NILAI 3

Hasil rembatan pertama dikedai KK , memang kalau saya pegi ke Nilai 3 kedai ni la saya pegi dulu . Kalau tak beli apa pun saya suka tengok saja. Kali ni pegi saya beli rak untuk saucers cumil yang saya ada banyak , dari saya simpan dalam lemari lagi baik saya pamerkan dengan guna rak-rak ini ...baru la cantik sentiasa saya boleh tengok...i loike....


Saya pun suka kumpul mug untuk kegunaan di rumah saya ni , yang ini saya beli di kedai $ 1.99 sen , cantik design dan shapenya yang penting murah dan berbaloi-baloi...

Kitchen towel ni pun saya jumpa di Nilai 3 , ada pertambahan pada kitchen towel ni saya nak jahit nanti ..tunggu ya entry yang akan datang saya masukkan gambar hasil jahitan saya yang dah siap nanti simple jee...


Jumpa banyak sangat kedai kain , ini la yang saya beli 100% cotton untuk saya buat baju tidur untuk Aisyah...kalau nak beli kat Reject shop pun mahal biar saya jahit sendiri lagi puas hati. Nak design fesyen macam mana pun boleh dan nak letak trimming atau lace pun ikut pada citarasa saya leee...

Bila nak bershopping saya memang suka ke Nilai 3 , semua barang ada yang penting kita kena pandai pilih . Dah lama la juga saya berulang pegi ke Nilai 3 kalau nak bershopping , sekarang ni saya memang tau kedai favorite saya so bila pegi tu terus saya tuju kedai-kedai tu tak yah buang masa mencari . Kat Nilai 3 ni banyak sangat kedai memang penat kalau nak masuk semuanya...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .