MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, June 10, 2010

SWEET ADLINA


Cuti sekolah dah masuk hari Khamis , ke mana kita ya ? saya masih di KL dan besok baru la nak ke destinasi lain pula . Sekarang ni saya seronok jahit peasent blouse saja sebab kejap je nak jahitnya cuma Adlina jadi malu pula sebab dipuji comel bila pakai peasent blouse gingham pink berbunga ros kecil ni hehehe anak mama ni malu-malu pula...



Saya bagi Adlina pakai peasent blouse dengan skirtnya sekali alaaaaa....sweetnya terserlah sangat kecomelan gegirl anak mama ni . Sekarang ni saya semakin syok jahit peasent blouse untuk Adlina dan Aisyah nampak gayanya anak-anak saya melaram dengan blouse saja la cuti ni.....

Monday, June 7, 2010

CUTI SEKOLAH DAH MULA...


Hari Sabtu lepas dah mula cuti sekolah dan seperti yang dirancang saya pun buat family gathering di rumah saya ini . Abang saya dari Penang datang dengan kakak-kakak yang memang tinggal di kawasan berhampiran . Memang dah jadi rutin untuk kami berkumpul bila ada peluang macam cuti sekolah ini . Bila dah lama tak jumpa memang rindu la pula sambil tu boleh kami releks serta bersembang tentang perkembangan keluarga masing-masing...

Pada saya keluarga adalah satu ikatan yang sangat penting dalam hidup saya ni kalau nak di ikutkan memang masing-masing sibuk dengan macam-macam hal tapi kami cuba untuk berjumpa dan berkumpul .

Kali ni turn rumah saya pula untuk jadi tempat pertemuan kami dan untuk menu gathering kami kali ni saya masak steam boat serta grill bbq . Menu mudah tapi sangat sedap dan senang saya nak sediakan selain tu abang dan kakak saya ada juga bawa pot luck untuk tambah makanan yang saya dah sediakan ni...

steam boat dan bbq grill serta durian pun adaa.....


Jom makan-makan dan grill sendiri udang , daging atau sotong yang dah diperap lebih awal . Anak-anak sedara saya sedang grill masak makanan yang mereka nak makan kiranya layan diri sendiri la .

Alhamdulillah gathering family di rumah saya kali ini berjalan dengan lancar insyallah boleh la saya buat lagi...

Masa ni dalam kereta dan on the way ke Ikea , riuhnya budak-budak ni..

Lepas dah selesai berjamu selera di rumah saya , saya sekeluarga dengan family kakak dan abang pegi window shopping pula jalan-jalan dan lepas dinner baru la kami bawa diri pulang ke destinasi balik ke rumah masing-masing . Anak-anak la yang paling happy bila kita berkumpul ramai-ramai macam ni , bila anak-anak happy saya lagi la happy...

Friday, June 4, 2010

SWEET PEASENT BLOUSE

,
Salam petang Jumaat , sejuk dan mendung petang ni hmm bestkan . Dekat kawasan rumah saya ni baru lepas hujan semenjak dari pagi tadi lagi dah mendung lepas tu panas kejap dan tadi hujan renyai-renyai yang lama juga . Saya letak mesin jahit di tepi tingkap so kalau hari panas terik memang terasa bahangnya walaupun saya tutup tingkap dan blinds so bila cuaca mendung memang best la saya menjahit sebab cuaca sejuk so boleh la saya menjahit dalam keadaan selesa .
So hari ni lama la saya menjahit dan saya dapat siapkan peasent blouse ni untuk dipadankan dengan skirt Adlina yang saya buat 2 hari lepas . Blouse peasent ni pun boleh dipakai dengan skirt atau seluar jeans atau skirt color plain pink .
Tadi saya jahit 1 helai lagi peasent blouse untuk Adlina serta sehelai untuk Aisyah dan sehelai untuk saya . Nanti ya untuk n3 yang akan datang saya masukkan gambar peasent blouse yang lain-lain tu...

sweet peasent blouse untuk Adlina..

Cuti sekolah ni boleh la Adlina bergaya dengan blouse dan skirt baru yang saya baru siapkan ini . Saya masih tak plan nak ke mana lagi musim cuti seklah kali ni mungkin balik kampung atau kami akan ke tempat-tempat yang dekat kawasan rumah saja tapi tak tau lagi kadang-kadang tu last minit pun macam-macam plan boleh jadi....
Selamat bercuti hujung minggu
dan
bercuti sekolah pada semua pengunjung blog saya ni..

Wednesday, June 2, 2010

SKIRT PINK JAMBU


Dah lama juga saya tak menjahit dress atau skirt untuk anak-anak dulu masa Aisyah kecil selalu juga saya buatkan skirt sebab Aisyah memang suka pakai skirt yang kembang-kembang dan sweet macam princess tapi sekarang ni dia dah besar so fesyen untuk Aisyah pun dah berubah . Adlina pula kurang suka pakai skirt atau dress yang sweet dan kembang-kembang , dia lebih suka pakai seluar jeans , t-shirt dan sport shoes . Ye la kartun favorite Adlina pun Ben Ten dan bukannya Barbie doll...
Saya jahit juga skirt kembang untuk Lina sebab nak biasakan dia dengan fesyen yang gergirl sikit yang sweet dan comel . Skirt 4 tiered atau skirt ropol-ropol 4 tingkat ni baru je siap pagi tadi . Saya guna kain corak gingham lagi dan saya gabungkan dengan lebihan kain corak bunga rose yang masih saya simpan .
Masa anak besar Adlina ni la paling best untuk saya jahit macam-macam dress atau blouse serta skirt yang comel-comel , bila lagi saya nak dress-up anak kalau bukan sekarang ini sebelum Adlina besar dan ada citarasa fesyen sendiri .

My sweet Adlina dengan skirt barunya..
Melihat anak-anak pakai baju atau skirt yang saya jahit buatkan saya rasa bangga pun ada happy sesangat and i will cherish all the sweet moments...

4 tiered skirt


Proses awal nak jahit buat kedutan dan sambung tiap-tiap panel skirt ni yang leceh sikit tapi kejap je siap la . Skirt ni agak mudah untuk dibuat dan hasilnya cantik sangat...

Saturday, May 29, 2010

WARNA-WARNI


Cantikkan warna benang-benang ni dan semuanya untuk kraf felt . Feltnya dah lama saya beli tapi saya masih tak buat-buat lagi bila saya dapat beli benangnya baru la best nak mula .

Saya tengok sekarang ni ramai betul peminat kraf felt ni dan memang bagus la macam tu terisi la masa lapang kita semua dengan aktiviti kreatif ini . Pada pendapat saya , seeloknya kita ada hobi untuk kita buat bagi hilangkan rasa bosan , lesu atau stress dan saya rasa bila kita libatkan diri kita dengan hobi kreatif minda kita akan sentiasa aktif untuk memikirkan macam-macam idea yang tak memenatkan malah buat kita happy dan bersemangat . Selain tu kita akan dapat kepuasan yang maksimum serta diri kita pun bangga dengan hasil kraf yang kita buat sendiri ini . Cuba la...

Deretan bola benang , love the colors...



Saya pun baru beli gunting ni kecil je tapi tajam dan sangat la sesuai untuk aktiviti kraf felt ni sebab hujungnya runcing . Nanti banyak juga felt yang saya nak potong , bestnya macam-macam idea ni yang saya dah rancang untuk saya guna felt ni . So selamat berkraftangan dan menjahit serta bercuti hujung minggu...

Tuesday, May 25, 2010

ANNIVESARY KAMI



Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 13 tahun syukur alhamdulillah . To my dearest beloved hubby Fendy , semoga rumahtangga kita ini sentiasa di limpahi rahmat serta kebahagiaan yang kita nikmati dan lalui selama ini akan kekal sehingga ke akhir hayat , amin .

Wednesday, May 19, 2010

EXAM DATANG LAGI...


Exam datang lagi , start dari semalam hari Selasa Aisyah mengadap paper exam dan saya pun sama suspen macam saya yang tengah ambil exam pertengahan tahun . Saya tengok Aisyah releks saja memang macam tu la sikap anak sulung saya ni releks cool . Bila tanya dia tak takut ke exam Aisyah jawab takut juga tapi anak saya ni memang jenis simpan dalam punya segala perasaan dan tak macam Adlina yang sangat ekpresif serta aktif dua beradik yang berbeza Adlina ada sikap aktif saya sementara Aisyah ada sikap cekal saya pula . Bila Aisyah balik sekolah saya tanya dia lagi "macam mana exam tadi Aisyah boleh jawab ke" cepat je dia jawab "ok Aisyah boleh buat" apa pun kena tunggu result keluar juga la.

Notice board Aisyah..

Rasanya semua ibu akan rasa suspen bila tiba musim exam ni , saya macam hilang mood juga nak buat benda lain sebab fikiran saya ni kadang-kadang tu terfikirkan Aisyah di sekolah . Macam mana dia ? boleh ke dia jawab soalan-soalan exam ? gabra ke dia ? berkesan ke kelas tuisyen yang Aisyah gi belajar 4 kali seminggu ? berkesan ke dengan latihan serta ulangkaji yang dia buat dengan saya ? atau senang ke soalan exam kali ni ? Saya kat rumah ni hanya berdoa saja harap Aisyah boleh jawab dengan baik semua soalan exam .

Sebelum ni masa Aisyah di tahun 1-5 saya ada la juga rasa suspen tapi tahun ni lain sikit mungkin sebab tahun ni ada exam UPSR dan lepas tu 3 tahun lagi PMR seterusnya SPM pulak huhuh....doa saya semoga Aisyah dapat lalui semua exam ni dengan baik dan semangat untuk dia belajar bersungguh-sungguh sentiasa ada dalam diri Aisyah . Masa bulan Januari lepas saya ok lagi tapi ni dah nak masuk Jun dan exam UPSR dah semakin hampir....

Jadual exam yang Aisyah dapat Isnin lepas..

Tiap-tiap kali ada surat dari sekolah Aisyah akan tunjuk pada saya sebaik saja dia balik dari sekolah dan Isnin lepas dia tunjuk jadual exam ni hmmm kecil je mata saya bila baca jadual ni dan dalam hati saya cakap " adoih mula dah minggu bedebar ni" .

Tahun ni saya dah kurang sikit bercakap tapi lebih banyak "action" mengajar monitor Pembelajaran Aisyah . Saya bagi tumpuan untuk ajar dia mana topik yang dia agak lemah dan suami ajar subjek Maths .

Masa minggu pertama persekolah bulan Januari lepas saya dah bagi motivasi a.k.a berleter la jugak supaya dia berusaha dapat result yang baik . Saya nak Aisyah dapat 5A untuk UPSR dia tapi kalau dah usaha bersungguh-sungguh pun result dia nanti tak macam tu saya terima saja la nak buat macam mana lagi kan .



Adik Adam pun nak study juga ke..

Minggu depan hari Isnin turn Adlina pula menjawab kertas exam pertengahan tahun walaupun Adlina baru 6 tahun dan masih di Tadika tapi saya suspen juga . Buat masa ni perkembangan Adlina dalam pelajaran sangat baik dan nampak gaya Adlina memang suka sangat ke sekolah . Hari Sabtu lepas masa kami di rumah kakak saya Adlina bagi tau dia nak jadi askar atau polis hmmmmm boleh sayang tapi mama nak Adlina jadi askar yang gradute ya sayang dan Aisyah pula bercita-cita nak jadi cikgu bagus tu sayang Mama sokong 100% . Adam buat masa ni belajar dengan mama je la kat rumah hehehe..

Doakan lah semoga anak-anak kita dapat jawab soalan exam kali ni dengan baik sekali , amin .....