MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, June 2, 2010

SKIRT PINK JAMBU


Dah lama juga saya tak menjahit dress atau skirt untuk anak-anak dulu masa Aisyah kecil selalu juga saya buatkan skirt sebab Aisyah memang suka pakai skirt yang kembang-kembang dan sweet macam princess tapi sekarang ni dia dah besar so fesyen untuk Aisyah pun dah berubah . Adlina pula kurang suka pakai skirt atau dress yang sweet dan kembang-kembang , dia lebih suka pakai seluar jeans , t-shirt dan sport shoes . Ye la kartun favorite Adlina pun Ben Ten dan bukannya Barbie doll...
Saya jahit juga skirt kembang untuk Lina sebab nak biasakan dia dengan fesyen yang gergirl sikit yang sweet dan comel . Skirt 4 tiered atau skirt ropol-ropol 4 tingkat ni baru je siap pagi tadi . Saya guna kain corak gingham lagi dan saya gabungkan dengan lebihan kain corak bunga rose yang masih saya simpan .
Masa anak besar Adlina ni la paling best untuk saya jahit macam-macam dress atau blouse serta skirt yang comel-comel , bila lagi saya nak dress-up anak kalau bukan sekarang ini sebelum Adlina besar dan ada citarasa fesyen sendiri .

My sweet Adlina dengan skirt barunya..
Melihat anak-anak pakai baju atau skirt yang saya jahit buatkan saya rasa bangga pun ada happy sesangat and i will cherish all the sweet moments...

4 tiered skirt


Proses awal nak jahit buat kedutan dan sambung tiap-tiap panel skirt ni yang leceh sikit tapi kejap je siap la . Skirt ni agak mudah untuk dibuat dan hasilnya cantik sangat...

4 comments:

  1. ha ha ha,
    nannie..teringat masa kshima kecik..memang suka pakai skirt yg tingkat2 ni..memang sweet dan pattern pun evergreen kan... suka sangat
    comel adlina pakai...sweet

    ReplyDelete
  2. salam kak nanie..
    bestnya dapat ibu yg terror jahit..
    tapi mmg sweet kan..tgk gegirl pakai skirt..
    bru ae feminity nya...

    ReplyDelete
  3. to kak shima ,
    hehehe ye la kak skirt ni kan fesyen yang mcm dulu2 , thanks kak dan Adlina happy pakai skirt baru dia ni

    ReplyDelete
  4. to Chempaqa,
    wlksalam , heheh ok la akak kalau fesyen yg simple2 boleh la jahit , Thanks tu la gegirl kena pakai skirt sekali-sekala baru la cantik n feminin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .