MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, June 4, 2010

SWEET PEASENT BLOUSE

,
Salam petang Jumaat , sejuk dan mendung petang ni hmm bestkan . Dekat kawasan rumah saya ni baru lepas hujan semenjak dari pagi tadi lagi dah mendung lepas tu panas kejap dan tadi hujan renyai-renyai yang lama juga . Saya letak mesin jahit di tepi tingkap so kalau hari panas terik memang terasa bahangnya walaupun saya tutup tingkap dan blinds so bila cuaca mendung memang best la saya menjahit sebab cuaca sejuk so boleh la saya menjahit dalam keadaan selesa .
So hari ni lama la saya menjahit dan saya dapat siapkan peasent blouse ni untuk dipadankan dengan skirt Adlina yang saya buat 2 hari lepas . Blouse peasent ni pun boleh dipakai dengan skirt atau seluar jeans atau skirt color plain pink .
Tadi saya jahit 1 helai lagi peasent blouse untuk Adlina serta sehelai untuk Aisyah dan sehelai untuk saya . Nanti ya untuk n3 yang akan datang saya masukkan gambar peasent blouse yang lain-lain tu...

sweet peasent blouse untuk Adlina..

Cuti sekolah ni boleh la Adlina bergaya dengan blouse dan skirt baru yang saya baru siapkan ini . Saya masih tak plan nak ke mana lagi musim cuti seklah kali ni mungkin balik kampung atau kami akan ke tempat-tempat yang dekat kawasan rumah saja tapi tak tau lagi kadang-kadang tu last minit pun macam-macam plan boleh jadi....
Selamat bercuti hujung minggu
dan
bercuti sekolah pada semua pengunjung blog saya ni..

4 comments:

  1. cantik...sweet je nmpk...sy pun dh lm bernagan nk jait peasant blouse utk ank sy..tp lom tercapai lg..

    ReplyDelete
  2. Thankss ya Ajnie, mmg sweetkan fesyen blouse peasent ni Ajnie buatkan la utk anak mesti comel dan sweet juga

    ReplyDelete
  3. cantik hasil kerjatangan nanie...ambil upah tak? kalau nak tempah sepasang agak2 berapa rege? mcm adlina punya tu...tapi umur 9 tahun.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak Khaty , saya ambil upah RM40 sepasang oo besar sikit ok boleh saja . Akak poskan kainnya dan detail saya bagi nanti , kita sms je , kalau akak berminat nanit saya sms detailnya ya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .