MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, December 28, 2009

JONKER STREET , MELAKA


Dua minggu lepas saya bersama keluarga jalan-jalan ke Bandar Melaka lagi dan kali ni saya saya dapat spend time lebih lama di Jonker Street . Dulu masa first time ke sini saya nak cepat sebab kesuntukan masa , kali ni memang kami bermalam di Melaka..

Terlalu banyak tempat yang menarik di Melaka salah satunya Jongker Street ni la , tak lengkap kalau datang ke Bandar Melaka tak melawat Jonker Street . Saya amat tertarik pada seni bina bangunan/architecture lamanya , berapa usia bangunan-bangunan ni mungkinkah sudah 100 tahun atau lebih....

Bila saya ada di sini saya seolah-olah macam berada di zaman dolu-dolu pulak sebabnya suasana persekitaran macam deretan bangunan lama ni yang masih kekal dengan seni bina asalnya yang sangat klasik .

Kehalusan dan detail pada seni bina semua bangunan ni sangat tinggi nilai estetikanya dan saya terlalu asyik melihat kecantikan kesenian senibina zaman dulu ni sebab unik sangat , memang terlalu tinggi nilai seni pada bangunan kat sini . Tourist/pelancong mai sini dok seronok shopping souviners tapi saya dok belek bangunan lama hehehehe.......

Banyak juga kedai dan kediaman di Jongker street ni yang dah dibaik pulih dan di tukar jadi kedai-kedai tapi tokeh kedai ni masih kekalkan seni bina lama yang menjadi identiti bangunan di Jongker Street ni yang pasti semua bangunan ni di cat warna merah , saya bukannya nak tengok sangat isi dalam kedai yang diniagakan tapi saya ke sini sebab saya nak tengok bangunan lama yang masih di pelihara dengan baik...


Kami baru sampai dan tengah mencari parking, kena datang sini pada awal pagi dalam pukul 9-10 pagi masa ni parking masih banyak , oppss abaikan banner tilam tu yee hehee..


Haaaa ni la kedai antik yang jual set pokok kelapa dengan harga yang cung tu hehehehe , bagi yang mampu kedai ni memang ada banyak barangan antik yang menarik . Saya hanya cuci mata je la....

Salah satu kedai yang ada di Jongker Street...dekorasi dalam kedai yang unikkan..



Galeri hasil seni catan/paintings di sini , pokok-pokok banyak ditaman memang suasana disini hijau saja . Greens and vintage buildings-history and arts , what can you ask for more.....love its .

Sebelum balik saya sempat juga pegi cari gerai melayu yang jual cencaluk hmmmm mana boleh pi Melaka tak beli cencaluk , dodol , belachannn dan kuih melayu lain . Cencaluk Melaka ni memang sedapppp...pekena dengan ikan bakaq macam ikan kembung , ikan pari atau ikan terubuk perhhhh sedap sangat...hmm kecur la pulak air lioq saya ni hmmmm nak kena pi cari ikan terubuk la pula ni hehehe...

8 comments:

  1. salam kak nannie..
    bestnyer akak jalan2..dah merata akak pegi kan..saya jonker street pun belum sampai..kat situ ler yg akak cakap set klapak tu ek..nampak kedai pun xklsusif jer kan..apapun thanks for sharing all these pictures pada sesape yg tak penah lagi ke sana..termasuk saya.. ;)
    btw..tiles antik melaka memang cun2 belaka..macam n3 kak azah dulu kan..sungguh mempesonakan..

    ReplyDelete
  2. salam kak nannie.....
    leya penah gi sini tp kebetulan mase tu cuti raye cine le pulak...tak boleh kuar kete banyak jalan jem giler...pusing2 kat situ takde parking langsung...dpt tgk dr dlm kete je la....tp kedai2 kat situ nampak antik kan...

    ReplyDelete
  3. hi nannie....iye ke gi melaka christmas hari tu...kak zu pun pi melaka 2 malam 3 hari...memang tidur di sana lerrr....yessss jonker street memang menarik...kak zu tak update lagi kunjungan ke melaka. byk sgt gambar yg diambil tapi di jonker street terpaksa ambil sedikit sahaja sbb bateri dah kaputttt....tak pe, next time mesti kunjung lagi ke melaka....memang best kan

    ReplyDelete
  4. to Leya

    Haa ye la amsa cuti raya cina mesti lagi ramai orgkan masa saya gi mmg awal pagi dlm kul 9 lebih org banyak juga tapi saya gi parking kat tempat yg sama mcm saya gi dulu kat situ mmg tak byk keta..

    ReplyDelete
  5. wlkslaam Yatt ,

    gi jalan2 sementara suami akak blh cuti lama sikit ni heheheh , haaa kedai antik dlm enrty akak tu la jual set pokok klapak yg regenya cantik tu hehehhe akak senyum jee tgk regenya sebab tak mampu tengok jee laaa . Haa cantikkan tiles ni mcm yg kak Azah buat n3 dulu . Ok la akak share gamabr2 ni kalu sapa suka gi la juga , Yatt gi la masuk la kedai antik akt situ best2

    ReplyDelete
  6. Kak Ziwaidah gi weekends yg lepas ni ye , saya gi week day 2 minggu sudah . org tak ramai sgt hotel ada la , saay gi tidur semalam je , hmmm mmg best kay bandar Melaka ni byk sgt tempat2 yg best pilih je mana yg kita nak gi

    ReplyDelete
  7. opps silap eja pula nama kak Zuwaidah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .