MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, December 15, 2009

MEE UDANG


Bila lalu jalan nak ke Port Weld ni memang ada banyak sangat gerai mee udang di sepanjang jalan tapi kami teruskan saja perjalanan sampai la ke gerai Mak Jah yang terletak di hujung penghabisan kampung melayu ni.....gerai Mak Jah mudah di kenali sebab ada banner yang besar dan deco gerainya yang lebih menarik dari gerai-gerai mee udang yang terletak di sebelah bahu jalan ni....mungkin bila datang ke sini kami nak cuba mee udang di gerai lain pula saja jee..

Keistimewaan mee ni sebab udang kertas fresh dari laut yang diguna sebagai perencah utama kuah mee udang ni sedap juga . Kawasan restoran yang sangat selesa bersih dan masa kami pegi tu memang redup dan nyaman la kawasan persekitaran gerainya.



Saya saja letak garpu di sebelah udang ini untuk dibuat perbandingan saiz udang yang besar memang puas hati berbaloi-baloi dengan harganya . Sekali cuba mesti nak pi lagi dan mee udang ni kuahnya sedap...


Jumlah udang yang ada dalam mee udang yang saya order .Udang yang diguna ni adalah udang kertas fresh dari laut kulitnya warna putih dan senipis kertas dan bukannya udang yang dibela dalam sangkar yang selalu kita boleh beli di Tesco atau hypermarket lain-lain tu . Udang ini memang segar dan manis masih terasa kelazatannya sampai saat saya menulis entry ni .

Nampak gayanya kami akan pegi lagi la lepas ni ke Kuala Sepetang . Btw saya sempat lagi tu belek corak pada piring dan mangkuk mee ni coraknya sama macam VCR lawa juga...


Udang goreng bersalut tepung ranggup hmmmmm memang sedap menu ni sebabnya udang yang digunakan memang fresh sangat dan isi udang ni manis serta padat. Bila makan udang goreng ni saya terus makan sekali dengan kulit-kulit sebab kulitnya udang kertas dari laut ni memang nipis cuma bahagian kepala saja yang kami tinggal dan tak makan hehehe...

2 comments:

  1. salam kak nannie..
    adusssss..nampak sungguh sedap mee udang tu..dah ler lama tak pekena..meleleh ayaq liuqqq..huhu..

    ReplyDelete
  2. wlksalam Yatt ,

    Sedapkan Yatt mesti selalu gi ni sebab on the way balik kampung , akak selalu juga teringat tapi selalu juga terlajak pegi tempat lain kehkehkeh...bila dah melekat kat Taiping terus lupo la pulak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .