MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, May 6, 2010

MAJALAH SEW BEAUTIFUL


Saya baru beli majalah jahitan "Sew Beautiful" dan majalah ni bukan hanya tentang jahitan sulam smocking saja . Dalam majalah ni ada macam-macam design serta teknik jahitan sulaman yang cantik-cantik dan sangat exclusive . Selalunya saya beli majalah tentang smocking sahaja dan ni first time saya jumpa majalah ini . Bila saya belek dari satu muka surat ke muka surat lain terus saya bekenan dengan isi kandungan majalah ni yang sangat sesuai untuk dibuat sebagai bahan rujukkan . Terdapat beberapa tutorial untuk jahit dress dan buat doll yang boleh kita cuba..

Bestnya kalau ada sewing room yang sebegini besar selesa dan tenang saja memang banyak sangat sumber inspirasi serta idea kreatif yang datang kalau boleh buat kerja dalam bilik macam ni...


Ini pula heirloom dress yang memang cantik sangat dan semuanya bersulam kemas serta detail sangat motif sulamannya , warna dress ni pun semuanya soft pastel atau off white..

Cantik sangatkan semua sulaman pada gaun heirloom ni dan yang pasti nak siapkan sulaman macam ni punya detail memang perlu kesabaran yang sangat tinggi dan minat yang mendalam serta kepakaran yang sangat tinggi .


Casual dress untuk anak-anak comel dalam majalah ni semuanya di reka untuk musim bunga atau Spring . Cantikkan kombinasi warna , corak dan design line semua dress dan romper ni . Reka corak dressnya simple tapi kreatif dan model-model cilik yang pakai dress ni semuanya nampak selesa sangat . Happy sewing...

8 comments:

  1. Salam nannie...cantiknyer dress yg dijahit mcm tu kan..kalau dekat dgn nannie nak jugak akak tempah..tapi jauh la pulak...kain bunga soft kaler pink ke..mmg cantik sgt kan..(akak dreaming kejap byangkan anak dara pakai baju mcm tu..hehe)

    ReplyDelete
  2. salaam nannie, best nyer tengok content dalam mags to..make me tempting la pulak..hehehe..tapi akak kena siapkan dulu beg projek yang dah berjaman-jaman tertangguh..adoiii

    ReplyDelete
  3. salam kak nannie... nak ty... kt mane akak beli majalah tu ye??? berapa harganya... berminat la...:)

    ReplyDelete
  4. salam nannie...

    yer la... kalo dekat saya pun nk tempah utk anak dara saya ni..... saya suka dia pakai dress.... nampak cumil jer budak2 pompuan kalo pakai camtu kan.... hehehe

    ReplyDelete
  5. wlksalam k NJ,
    tu la cantikkan , ye ke hmm nak buat mcm mana saya di sini akak di sana tak pe kak dreaming pun dah best hehehe

    ReplyDelete
  6. wlksalam kak Salmi ,

    tu la geram je kan tengok baju-baju cute ni kan

    ReplyDelete
  7. wlksalam ayda ,

    Akak beli di MPH regenya rm25

    ReplyDelete
  8. wlksalam Amy,

    memang cutekan bila anak-anak kita pakai dress yang cantik2 mcm ni , ye ke ala nak buat mcm mana kita ni jauh kan Amy di sana saya di sini

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .