MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, August 19, 2009

BUKU SULAMAN MANIK INDAH



Semalam saya pegi kedai jual alatan jahitan dekat dengan rumah saya ni sebab nak beli benang DMC yang dah habis . Kedai jahitan ni walaupun kecil tapi boleh di katakan banyak benda juga yang dijualnya dan yang terbaru tokeh kedai ni dah mula jual macam-macam buku , ada buku jahitan langsir dan macam -macam buku kraf . Buku Sulaman manik Indah ni adalah yang terbaru ada di kedai ni . Buku ni pun mesti ada juga di kedai buku macam MPH , Popular atau kedai buku yang besar...

Saya sebenarnya nak cari buku lain tapi bila dah tengok dan belek isi kandungan buku ni terus saya bekenan pulak dengan segala projek DIY yang di tunjuk kan di dalam nya . Bagus buku ni gambar jelas , ada step by step cara nak jahit manik dan cara buat krafnya . Penerangan yang jelas dan yang penting harga buku ni Rm 40 ringgit yang saya rasa cukup berpatutan sebab kalau nak beli buku asal lagi mahal harganya dan buku ni di translate dari english ke bm , tu yang best sekali...

Muka surat pertama , isi kandungan . Ada 20 projek DIY yang sangat best dan mudah nak di buat oleh sesiapa pun..

Teknik jahitan beads yang sangat la menarik perhatian saya dan saya nak buat beading ni untuk baju raya anak-anak dan saya la....



Kat belakang sekali ada dibagi sekali pattern /pola untuk semua projek , bestnya lagi bersemangat dan teruja saya nak buat ni ...best..jom kita jahit manik untuk baju kurung raya masing-masing pulak ...happy sewing ...

2 comments:

  1. salam nannie...terimakasih berkongsi kisah penemuan buku ini...teruja saya nak membelinya dan mencuba isi kandungannya... :)

    ReplyDelete
  2. wlksalam inna ,

    Cuba la cari buku ni saya rasa ada di jual kat kedai buku kat mana-mana pun , projek kat dalamnya ok la senang juga , boleh la inna cuba

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .