MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, July 1, 2010

KOLEKSI ANTIK NANNIE


Teko-teko kesayangan saya..

Akhirnya...siap dah blog baru saya..

Saya buat satu lagi blog khas untuk hibi saya mengumpul koleksi cawan,teko,pinggan mangkuk dan apa saja barang-barang yang antik . Bila fikir balik sepatutnya dari dulu saya dah buat blog khas ni masa mula saya minat kumpul pinggan mangkuk corak lama tapi tu la benda dah lepas nak buat cam noo..

So sekarang ni semuanya dah tersusun , setiap hobi saya dah ada blognya tersendiri dan memang macam tu saya nak sebab dapat memudahkan untuk saya sendiri nak tengok dan para pengunjung blog saya ni nak tengok . Tak la bercampur dah kisah jahitan dan hobi antik saya ni..

Memang saya banyak blog dan setakat ni saya masih boleh handle semuanya alhamdulillah . Niat saya bila ada blog sewing atau masakan dan sekarang ni dah ada blog koleksi antik ni hanya lah untuk berkongsi minat dan ilmu dengan penggunjung atau kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama .

Saya jemput semua pengunjung sama ada yang lama atau yang baru singgah ke blog baru saya ni dan kalau sudi link la juga dengan blog baru saya ni .

TERIMA KASIH PADA SEMUA PENGUNJUNG YANG RAJIN SINGGAH KE BLOG SAYA NI DAN SUDI MENJADI FOLLOWER...

Jom ke blog baru saya ni clik saja KOLEKSI ANTIK NANNIE tapi buat masa ni saya masih tak dapat buat n3 baru insyallah bila dah free baru saya boleh masukkan gambar-gambar koleksi terbaru saya . Sekarang ni semua n3 dalam blog antik saya ni adalah yang lama cuma saya pindahkan saja ke ke blog baru tu..

2 comments:

  1. Salam kak.. blog antik akak ni hanya utk invited readers je ke? :(

    ReplyDelete
  2. oo ye ke akak pun tak check nanti ya akak pi tengok sat , utk semua kawan-kawan ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .