MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, July 5, 2010

TUTORIAL BLOUSE


Ada juga pengunjung blog saya ni tanya macam mana nak jahit peasant blouse . So kali ni saya tunjukkan tutorial simple dan saya harap dapat membantu pada sesiapa yang nak jahit peasant blouse sendiri ni.....

Sebenar ada banyak cara dan teknik nak jahit blouse ni dan apa yang saya tunjukkan ni adalah cara saya tapi tutorial ni simple je harap dapat membantu ya.

Saya suka guna kain cotton yang jenis lembut bila buat pesant blouse ni so baru la cantik jatuhan kainnya dan kedutan/gathers di bahagian leher baju pun teratur kemas . Kalau guna cotton tebal atau apa jenis material kain yang tebal nanti blouse yang siap akan nampak kembang semacam je . Bila kita pakai pun nampak macam besar pula badan kita nanti hehe. So pilih la kain yang lembut atau nipis ikut la pada citarasa dan gaya masing-masing..

Saya memang dah ada pola asas untuk blouse diri sendiri so bila nak buat blouse baru saya selalu rujuk pola kertas ni untuk dapatkan ukuran . Kadang-kadang kalau fesyen baju sendiri yang saya nak buat tu rumit sikit saya akan lakar pola baru atas kertas dulu . Tapi kalau yang simple saya terus lakar pola di atas kain.

Macam ni la pola peasant blouse tu 4 segi je dan saya ambil ukuran lebar ukuran baju yang saya selesa pakai dan untuk ukuran lubang lengan saya tambah 2 inci dari ukuran asal lubang lengan yang saya selalu guna .

Bagi pola bahagian lengannya pun empat segi tepat . Saya lipat 2 kain ni dan barulah saya lakar lubang lengan dan baru la saya potong.


Cantum bahagian sisi seam pada badan baju dan cantum seam/basi lengan . Kemudian boleh la jahit sambung seam/basi lubang lengan ke badan . Lepas tu saya jahit basi hujung baju dan macam ni la rupanya bila dah siap dijahit cantum semua bahagian.


Jahit pula anggaran 1 inci atau 1/2 inci untuk dibuat lubang nak masuk getah keliling bahagian leher baju tapi tinggalkan sedikit ruang macam lubang nak masuk getah nanti . Pinkan hujung getah dengan safety pin dan boleh la dimasukkan getah ke dalam lubang ni . Keluarkan getah dan cantum jahit kedua hujung getah ni serta jahit tutup lubang getah ni .

Ikut pada kita nak besar mana lubang leher baju ni macam saya ambil je getah tu lepas tu saya lilit keliling leher ni dan agak-agak la besar mana lubang leher yang selesa lepas tu baru la saya potong getah ikut ukuran yang saya nak . Jangan terlebih panjang getah untuk leher nanti bila siap jadi seksi pulak blouse kita tu hehehe tapi ikut stail masing-masing la..


Bila dah siap jahit tutup lubang getah tadi macam ni la rupa lubang leher peasant blouse tu . betulkan kedudukan kedutan kain dan dah siap . Hujung lengan blouse ni pun saya buat sama guna getah juga..
Harap tutorial ni dapat membantu para pembaca yang minat suka menjahit dan teringin nak buat peasant blouse yang simple ni dan kalau dah siap tu singgah la blog saya ni dan bagi tau boleh saya gi tengok hasil blouse anda tu , baru la best kita kongsi cerita untuk suka-suka je...
Selamat menjahit ya..

12 comments:

  1. salam nannie...
    akak berminat nk jahit blouse nii..
    dah cari bnyk tutorial...
    tp belum ada kain yg sesuai..

    nti akak cuba jahit...

    ReplyDelete
  2. akak......material kain dia sesuai kain yang macam mana??? tanya pendapat nih.....klu klu lembut n licin, jenuh la saya nak mengejar masa menjahit nanti....ghegheghe.....(saya ni kan pandai sangat....;p...)

    ReplyDelete
  3. Cantik la kak Nannie...terima kasih krn sediakan tutorial ni..teringin nak buat baju sendiri..

    ReplyDelete
  4. salam kenal kak nannie :}

    selalu berangan nak ada blouse jahitan tangan sendiri..nampaknya kena buat la sbb akak dah susah payah sediakan tutorial, hehe! tima kasih kak..

    ReplyDelete
  5. to Kak Zaa ,

    wlksalam , ok kak cuba la nanti meh la bagi tau saya blh kita share suka2 kongsi gambar peasant blouse masing2

    ReplyDelete
  6. to mama nuriel ,

    Kain yang lembut ok tak yah beli yang licin2 sangat kalau cotton yg keras tak lawa kain mcm sponge rayon lawa sebab lembut je , akak guna kain cotton yg lembut kat Nagoya banyak ada jual mcm kain yg akak baru jahit ni akak beli kat Nagoya lembut dan sejuk kainnya, kain ni jenis rayon.

    ReplyDelete
  7. to cik puan gaban,
    macih macih Gabang buat la pula mmg selesa blouse ni

    ReplyDelete
  8. to Lynn Nasir,
    Salam kenal dr akak juga , heheh tak susah la tuttorial ni akak ambik gambar masa akak tgk menjahit je . ok cuba la jahit selesa blouse ni

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. seronoknyer tengok orang pandai menjahit nie.. kalau lar saya pandai menjahit tiap² minggu saya jahit baju baru.. ahahaha.. saya teringin lar nak belajar menjahit.. dapat jahit baju sendiri n anak beranak pon cukup larr..

    ReplyDelete
  10. salam kak nannie...bestla tengok akak jahit baju ni..saya da ada kain da bekurun da...tapi xstat2 lg blaja jahit baju ni....tgk tutorial akak rasa cam bersemangat pulak nk wat...

    ReplyDelete
  11. salam..dah lama nak belajar jahit baju ni untuk my baby...akhirnya tahu juga..thanks kak...

    ReplyDelete
  12. Asskm...saya nak tanya, kalau utk org dewasa n kanak2 berapa meter kain diperlukan ye.. teringin jugak nak cuba. T.kasih kerana sudi bg tutorial ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .