MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, September 3, 2010

ADAM,HERO KECIL MAMA..

Alhamdulillah Adam dah sihat dan n3 kali ni saya masukkan gambar-gambar Adam masa kena sakit mata berjangkit dari abah dia . Kesian sangat saya tengok hero kecil saya ni kena sakit mata . Masa saya ambil gambar ni mata Adam dah nak baik kalau masa mula kena tu punya la merah sangat dengan bengkak , taik mata dan Adam demam panasnya , saya pula yang menangis bila tengok Adam demam tak sanggup saya tengok anak sakit . Walaupun Adam demam dia tetap anak yang senang di jaga tak banyak ragam sentiasa nak saya dekat dengan dia .

Lama juga saya tak buat n3 tentang anak-anakkan dulu selalu juga saya cerita kisah gelagat anak-anak saya 3 orang ni . Blog ni pun macam diary saya juga kadang-kadang saya buat n3 kisah kehidupan saya dan semua yang tercatat ni akan jadi kenangan buat saya dan anak-anak saya nanti .

Lagi sebulan umur Adam akan genap 3 tahun kejap betul masa ni bergerakkan . Saya masih ingat saat pertama saya dengar suara Adam menangis masa dia selamat dilahirkan dalam bilik pembedahan/OT . Saya pun menangis masa tu happy bersyukur sangat sebab anak saya selamat dilahirkan melalui pembedahan . Saya memang bedebar betul masa sejam berada dalam bilik bedah dan syukur la kami selamat dan Adam berada di sisi saya sekarang ni .


Senyuman Adam yang buat hati mama tenang dan happy selalu..
Dalam gambar diatas ni sebelah mata dah baik tapi mata kiri Adam masih bengkak . Adam dah ok dan boleh main macam biasa . Masa mula kena tu Adam deman panas setiap 6 jam dan mata dia bengkak merah serta berair , sedih sangat saya tengok anak kecil saya ni sakit tapi Adam tak meragam masih nak makan dan hisap susu macam biasa . Sepanjang 10 hari dia sakit mata ni kami berulang sampai 3 kali ke hospital sampai hari ke 6 saya bawa jumpa doktor pakar yang bagi ubat mata yang betul baru la sakit matanya nak baik syukur alhamdulillah..

My precious....


Alaaa muka manja la tu , happy sangat saya tengok Adam dah makin sihat .

Baju melayu, sampin dan songkok dah siap mama sediakan untuk hero mama ni . Kasut baru pun mama dah belikan bergaya la hero mama ni masa raya nanti . Alhamdulillah sekarang ni Adam pun dah berselera nak makan dulu sebelum kena sakit mata pun Adam kurang nak makan dia lebih suka hisap susu saja dan tak macam 2 orang kakak dia yang dari baby lagi suka makan . Ye la lain anak lain corak pemakanan dan selera dia tapi alhamdulillah sejak sebulan ni selera Adam dah makin ok . Happy je saya tengok dia makan kalau dulu tu Adam suka simpan lama makanan dalam mulut dan lama sangat baru dia nak habih kunyah dan telan apa yang dia makan . Nak kata mama masak tak sedap kakak dia yang 2 orang tu berselera je makan hehehe. Tu la selera masing-masing ni tak sama tapi saya selalu doa bagi terbuka selera Adam nak makan syukur la dia dah ok sekarang ni...

Dari segi fizikal Adam ni banyak ikut saya , bertubuh tinggi walaupun baru 2 tahun 11 bulan tapi Adam dah sama tinggi dengan budak umur 4 tahun . Masa baru lahir lagi saya tengok betis Adam memang panjang dan bila dalam nursery baby di hospital saya tengok Adam lebih tinggi/panjang dari baby yang sama berat dengan dia . Dari segi perangai Adam banyak sangat ikut abah dia bagus la macam tu lembut je suara dia serta mau dengar cakap mama/abah , tak lasak sangat so harap sampai besar macam tu .


Hero kecil mama ni yang semakin hari semakin segak ikut paras abah dia hehe. Moga semua anak-anak saya sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa diberi kesihatan yang baik .

4 comments:

  1. salam..,hai adam. kesian tengok adam sakit mata. Kita yg dewasa ni pun tak tahan apa lagi budak. Anyway alhamdulillah adam dah sihat sebelum syawal menjelma..Nasib baik tak kena waktu hari raya kan..nanie.Syukur.

    ReplyDelete
  2. salam nannie..sakit mata pun nampak ceria je.bilalah adam nak jumpa adib lagi.

    ReplyDelete
  3. wlksalam bro Shariff,

    Tu la syukur alhamdulillah Adam dah sihat sblm Syawal,saya pula yg over sedih tgk anak sakit sbb mmg teruk sgt keadaan mata Adam masa sakit mata tapi Adam langsung tak merengek dia byk diam dan tidur saja mgkin bila demamnya reda Adam main mcm biasa bila demam dia baring saja , hai anak mama ni syukur la dah sihat

    ReplyDelete
  4. wlksalam kak Shas,

    Alhamdulillah Adam bila sakit mmg tak banyak ragamnya bila dia dh baik senyum lagi la , nanati cuti sekolah Adam jumpa Adib ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .