MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, September 1, 2010

BAJU KURUNG RAYA

Pagi lepas sahur ni memang best kalau nak buat n3 baru untuk blog sebab suasana sunyi je . Dah lama juga blog saya ni sepi tanpa n3 baru ya . Tak banyak cerita baru nak saya share di sini aktiviti seharian saya bila bulan puasa ni pastinya jahit baju anak-anak dan baju kurung sendiri la..

Tahun ni baju kurung kami tak "bling-bling" dengan beads dan sequine macam tahun sudah dan tahun ni baju kurung kami corak bunga english roses gitu . Sweet dan simple tapi sangat selesa..

Tiap-tiap tahun ukuran badan anak-anak akan berubah biasa la tu budak-budak ni tengah membesar . Macam biasa saya prefer baju kurung traditional sebab lagi klasik dan mudah nak di siapkan .

Bila guna kain corak yang sama untuk kami bertiga memang banyak jimat kain dan sedondon je . Kalau berkumpul ramai-ramai masa raya nanti memang boleh tau la mak dengan anak-anaknya hehehe sebab pakai baju corak sama .


Dulu masa ukuran baju anak-anak kecil boleh la saya potong kat meja tapi sekarang ni nak lagi senang saya tebarkan je kain ni kat lantai . Bila dah habis lakar semua sekali terus saya boleh potong dengan cepat dan tepat . Lagi pun karpet ni kesat so kain ni tak bergerak memudahkan kerja saya draft pola dan potong . Ok la jom sambung menjahit tata..

4 comments:

  1. salam nannie,thn ni ajar la potong baju kurung pesak gantung,bolehkan!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam kak, rajinnya menjahit baju anak2..harap saya serajin akak..haha..

    ReplyDelete
  3. wlksalam salam imanmom,
    emmmm saya tak reti la kak buat baju kurung pesak gantung baju kurung simple boleh la :)

    ReplyDelete
  4. To cik puan Gaban ,

    wlksalam , baju kurung simple macma ni boleh la akak siapkan sebab simple kejap je dah siap, Gaban pn rajin tuee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .