MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, September 1, 2010

BAJU KURUNG AISYAH n LINA

Selesai dan dah siap baju kurung untuk Aisyah dan Lina cukup lega hati mama ni . Saya siapkan 2 pasang baju kurung untuk tiap-tiap anak gadis saya ni . Baju kurung dalam n3 yang ni adalah set baju kurung kedua yang pertama saya dah siapkan minggu lepas . Blouse dan dress untuk anak-anak pun saya dah siapkan dan designnya semua simple saja cuma saya tak dapat la nak masukkan semua gambar baju baru anak-anak saya ni sebab masa raya baru boleh pakai sekarang ni semua baju raya simpan dalam lemari dulu . Nanti lepas raya saya masukkan gambar anak-anak saya bergaya dengan baju baru rekaan saya ya...

Baju kurung kakak dan adik sentiasa sedondon sejak dari mereka kecil lagi , saya memang akan buat baju warna dan corak yang sama . Begini la cara saya nak semaikan perasaan satu family ikatan adik dengan kakak sentiasa erat dan pilihan mama sama rata buat dua orang puteri kesayangan mama ni .

Kalau dah remaja pandai-pandai la mereka nak pilih corak dan warna ikut citarasa sendiri . Tapi kalau masih nak berbaju raya sedondon ikut la , mama akan sentiasa setuju saja hehehe

Teknik jahitan piping di lubang leher baju , bagi saya cara ni yang paling mudah dah hasilnya sangat kemas . Ok la lepas ni saya nak sambung lagi jahit baju sendiri pula byeeeee...

4 comments:

  1. Seronok saya tgk akak dh siapkan jahitan untuk anak2. Meriahlah raya tahun ni yer..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak nani...
    cepat sungguh akk menjahit....
    respek gile...
    kalau su....emmmmmm siap 2 siap la...tapi makan minggu le...
    he he he

    ReplyDelete
  3. to adik Gaban,
    Raya kali ni tetap meriah walaupun persiapan akak ringkas je hehe , thanks la Gaban macam mana mesti dah siap semua utk raya ni

    ReplyDelete
  4. to cikgu Su,
    selamat hari raya su, heheh jahit bagi cepat siap lepas tu blh releks hehehe jahit simple mcm ni ok la kalau baju fesyen canggih tu akak tak larat ler hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .