Hari minggu yang lepas saya gi bercuti gan famili ke pantai Pengkalan Balak , Melaka. Kami duduk di Ismah Resort memang best sangat sebab kawasan perkelahan ni terletak di dalam kawasan kampung tradisional Melaka rasa macam balik kampung pulak. Resort ni terletak depan pantai , jarak ke pantai dalam 10 meter je .
Saya dan famili bertolak dari rumah dalam pukul 4 petang dan sampai kat resort ni dalam pukul 6.30 petang masa ni matahari pun dah nak terbenam. Suami saya guna highway Elite dan keluar kat tol Pedas / Rembau , perjalanan kami seterusnya melalui kawasan kampung. Jalan yang kami lalu nak ke pantai Pengkalan Balak adalah kawasan kampung tradisional Melaka yang sangat damai dan releks je , tak banyak kereta . Masa sampai kat Resort ni waktu pun dah senja , matahari pun nak terbenam ni , terus la saya ambil gambar.
Saya ambil lagi gambar , berkeping-keping dan cuaca pun tak panas sangat . Kawasan pantai dan laut ni bersih. Ombak pun kecil saja , sepanjang pantai banyak sangat chalet yang di usahakan oleh orang tempatan/kampung dan harga chalet pun ok berpatutan.
Masa saya ambil gambar ni tak da sapa pun kat tepi pantai , hanya kami anak-beranak. Pelancong macam saya sekeluarga je yang seronok bila sampai kawasan pantai , orang-orang kampung kat sini dah tak heran pemandangan matahari terbenam macam ni , hehehe . Anak-anak saya macam biasa la nak mandi laut , saya cakap besok pagi baru boleh mandi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .