Sambung lagi cerita saya pergi berjalan-jalan kat area Kuala Selangor ni.Saya teringin sangat nak ke Pantai Remis ,nak tengok macam mana la rupanya pantai yang terkenal ni. Akhirnya sampai juga kami di sini.
Pada mulanya saya tak tau yang ni Pantai Remis , lepas ada sorang budak perempuan bagi tau kat saya baru la saya tau hehehehe , saya siap bagi tau kat dia lagi yang Pantai Remis jauh lagi hehehehehe.Masa kami lepak kat sana tak ada orang sangat , memang seronok la .Angin pun bertiup laju , berangin nyaman saja.
Plan asal saya pada mulanya ingat nak ambil gambar pemandangan saja tapi bila dah mula berjalan di pantai ni baru saya perasan siput-siput dalam gambar diatas ni punya la banyak, seronoknya sebab saya memang suka kumpul siput.Apa lagi saya pun terus la panggil anak-anak minta dia orang tolong saya kutip siput-siput ni sebab air dah nak mula pasang petang.Saya pegi ambil plastik bag dari kereta.Suami memang dah faham sangat dengan hobi saya ni dia pun tengah syok melayan tiupan angin yang nyaman di pondok kayu kat tepi pantai ni.
Anak-anak saya ni pun seronok sangat sebab tak pernah tengok siput tajam sebegitu banyak, jalan sikit je jumpa ,jalan lagi jumpa siput ni.Cuaca pun macam mendung sikit tak le terasa panas , mas ni pun dah pukul 4.30 ptg.Angin pula bertiup kuat juga.Jauh kami berjalan ada la dalam 70 meter dari tempat kereta di parking. Tapi pantai disini memang berlumpur saja dan air lautnya tak boleh mandi.Patut la kerang yang kami jumpa di pasar Pasir Penampang sebelum tu besar-besar , saiz kerang sama dengan buah limau nipis hehehehe.
Masa saya ambil gambar ni dah pukul 5 petang air laut pun dah mula pasang.So , kami anak-beranak stop kutip seashells sebab dah penat.Satu plastik bag besar Tesco penuh dengan seashells yang dikutip kami , sukanya lepas ni nak pegi cari balang kaca lagi la nak simpan seashells yang banyak ni.Puas hati saya sebab akhirnya dapat juga sampai ke Pantai Remis walaupun tak dapat berjumpa dengan penjual kepah atau kerang giant. Lain kali nak datang lagi nak bawa sekali bekas polysterin sebab nak beli makanan laut yang fresh di Pasir Penampang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .