MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, June 16, 2010

CUTI SEKOLAH BALIK KAMPUNG LA...


Hari ni saya sambung cerita kami bercuti di kampung, memang tiap-tiap bulan kami balik cuma kali ni saya nak buat n3 , sekali-sekala best juga tengok gambar pemandangan kampung .

Cuti sekolah kali ni kami tak ke denstinasi yang jauh-jauh sebab Aisyah ada tuisyen masa cuti sekolah so kami hanya balik kampung atau jalan-jalan sekitar KL saja . Nanti la cuti sekolah hujung tahun atau masa cuti raya saya sekeluarga akan melancong ke destinasi yang jauh macam ke pantai timur .

Keadaan kampung masih macam biasa cuma ada la sikit pembangunan kat pekan Kuala Klawang macam perumahan baru selain dari tu kampung mertua saya ni masih tenang dan aman damai . Kehidupan orang-orang kampung dan di pekan Klawang releks saja dan yang best tak ada traffic jam...jom tengok gambar-gambar yang saya ambil ni....


Pekan Kuala Klawang yang bersih tahun sudah kedai apek kat tiang lampu tu la saya shopping set ros hitam . Kali ni pegi dah tak ada apa tapi kalau sapa yang suka kumpul talam ayan memang banyak lagi...


Anak-anak saya yang sentiasa menunggu untuk balik kampung...


Bahagian dapur..


Sarapan pagi Ahad kami yang simple di kampung , ada teh o dan saya masak nasi goreng sardin ada kuih muih yang hubby beli dari pasar tani serta pulut kuning dengan rendang dari kenduri kawin kat rumah jiran....


Adlina jamming pulak dengan gitar pakcunya...


Kebun di tepi rumah ada pokok keledek untuk ubinya dan pucuk keledek yang sedap di masak tumis air saja . Pokok peria pahit , ubi kayu , bendi dan macam-macam lagi la yang mertua saya tanam . Bila balik kampung selalunya tak perlu beli sayur saya suka kutip je apa yang ada ditanam kat kebun fresh dan tak di sembur racun....

Rambutan dah berbuah tapi masih putik lagi mak pesan kalau nak makan rambutan bulan puasa balik kampung lagi la dan memang kami mesti balik .

Bila balik kampung memang best sebab dapat makan macam-macam jenis buah-buahan ikut musim la macam sekarang ni musim buah naga kalau time buah manggis memang banyak selalunya saya pegi cari kat pokok je . Bila musim langsat memang seguni dah tunggu kami dan bila musim durian makan la sampai tak larat selalunya durian yang lebih tu mak buat tempoyak la dan hujung bulan depan dapat merasa rambutan la pulak bestnya....


Ni la kabinet solek yang saya dapat dari kampung kali ni dan kabinet ni mak mertua beli pada tahun 1968 untuk set bilik tidur perkahwinan mak dan sekarang ni mak bagi kat saya , alhamdulillah syukur sebab saya tak perlu beli dan jimat belanja den . Pada saya memang susah sangat nak dapat almari atau kabinet yang lama lain la kalau saya duduk di Ipoh sebab kat ML memang ada dijual kabinet lama yang cantik-cantik .
Kabinet ni baru je siap di make-over oleh hubby dan saya dah isi dengan koleksi set-set cawan serta teko . Bila hubby dah make-over memang cantik kabinet ni dan insyallah nanti ya bila-bila saya akan buat entry al-kisah lemari-lemari yang saya dapat dari kampung...tunggu...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .