MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, June 15, 2010

MUSIM BUAH NAGA


Edisi balik kampung...

Sekarang ni musim buah naga berbuah , masa saya balik kampung bulan sudah buah naga ni dah mula berbunga rasanya sekarang ni musim buah naga berbuah kot . Dulu saya ada buat n3 kisah pokok buah naga yang abah mertua saya tanam di depan laman masa tu pokok naga ni baru nak mula berbunga dan semenjak bulan Mac tahun ni kami dah boleh merasa buahnya .

Mertua saya tanam buah naga jenis merah hati pinkish isinya sedap dan manis memang sedap sangat . Anak-anak saya memang suka sangat buah naga ni termasuk saya la juga . Selain dimakan begitu saja buah naga ni pun saya buat agar-agar konyaku dan jus hmmm sedap...

Deretan pokok buah naga semuanya ada 6 pokok sekali kutip boleh dapat 20-30 biji buah yang dah masak fresh dan sedap...


Pokok ni buahnya ada yang kecil dan besar semuanya dah masak..


Mak sedang potong buah naga yang dah sedap dimakan..


Sebakul buah naga dan berbiji-biji buah mangga apple dari rumah tok suami saya dans semua buah ni saya bawa balik ke rumah la...
Bestnya balik kampung macam-macam yang kita boleh dapat saya dapat cari teko cawan antik dan dapat juga hasil buah-buahan yang mertua tanam . Pada yang pernah sampai Kuala Klawang saja tau macam mana suasana kampung di sini , suasana hutan yang masih terpelihara sebab tak banyak sangat pembangunan di kampung suami saya ni...damai tenang..

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .