MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Saturday, September 5, 2009

Jahit baju kurung

Bahagian lubang leher baju yang telah dipin bersama facingnya/kain lapik dalam lubang leher ( sila rujuk post sebelum ini untuk teknik potong lubang leher baju kurung ) .
Sekarang ini ialah proses menjahit lubang leher. Bahagian leher baju kurung dijahit kelilingnya , saiz basi setengah tapak mesin jahit atau 0.5 cm . Jahit dengan perlahan-lahan untuk mendapat hasil yang kemas .


Kemudian bahagian keliling leher yang melengkung perlu dikacip/snip sedikit supaya bahagian lubang leher ini kemas setelah bahagian lapik dalam diterbalikkan nanti. Selain itu proses snips ini memudahkan proses terbalikkan lapik dalam lubang leher ini juga .


Bahagian belahan lubang leher yang dijahit dan dipotong tengahnya.


Bila sudah diterbalikkan kain lapik dalam ini perlu lah di seterika dulu bahagian lubang leher ini , seterusnya lubang leher ini perlu la dijahit tindih kelilingnya supaya kemas .

5 comments:

  1. salam kak, 1st time zura singgah sini. tq so much for this guide, rasa konfiden sket zura tgh nak cuba jahit baju kurung anak for the first time..selalu rasa gerun mikirkan bahagian leher hehe...

    ReplyDelete
  2. wlkslam Zura ,
    thanks singgah blog akak ni . Cuba la jahit guan la kain yang murah dulu kalau tak pasti ttg jahitan leher boleh email akak ya..

    ReplyDelete
  3. salam kak,
    xbuat kelas menjahit ke kak?sy nk blajar buat baju kurung la.huhu

    ReplyDelete
  4. salam kak
    thanks a lot for ur guidance..
    bukan semua org sanggup nak share ilmu menjahit ni secara online..
    semoga Allah saje yg membalas setiap kebaikan akk dalam berkongsi ilmu ni kepada semua pembaca blog.
    boleh lah saya jadi follower.
    tgh usaha nak siapkan sarung bantal dan tilam anak.bagus info2 yang akk berikan dlm blog ni.

    ReplyDelete
  5. tq atas tunjuk ajar ni akak dah dua tiga kali masuk blog ni...selalunya dok tgk smocking saja tp baru kali ni tgk cara buat leher baju ni...blh la akak cuba buat baju anak sendiri lepas ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .