MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, September 7, 2009

Kemasan kelim baju

Setiap kali selepas saya selesai menjahit , saya mesti nak seterika untuk mengemas basi/open seam supaya kelim pada bahagian baju yang dah di cantum tu menjadi kemas dan rata. Proses ini seelok-eloknya dibuat setiap kali selepas menjahit . Saya memang dah terbiasa dengan proses open seam ini. Apa pun ni cara saya kan , setiap orang ada teknik jahitan mereka sendiri .

Kalau boleh gunalah seterika berwap lagi bagus sebab kesan dari wap yang panas akan menjadikan kain rata dan bahagian kain yang sudah memeri/stretch menjadi kepada bentuk asal.


Macam ni la rupa bila kain dah di seterika , cantik dan kemas saja. Bila saya nak teruskan proses menjahit pun senang serta bila nak jahit kelepet hujung lengan dan hujung kain menjadi lebih mudah .


Salah satu sebab saya suka seterika lepas menjahit ialah dapat menghilangkan kesan kedut pada jahitan basi dan kain akan menjadi rata.


Bila dah seterika semua bahagian baru la saya mula proses menjahit bagi mencantum semua bahagian baju.

2 comments:

  1. askummm...kak saya suke blog akak ni... saya tertarik dengan cara akak.. time kasih...sekurang2nye sya boleh belajar... tpi saya x pandai nak buat baju... teringin nak buat untuk diri sendiri boleh save cost...sya nak minta panduan ckit boleh??...saya nak beli mesin...boleh akak bagi cadangn untuk saya mesin yang bagus dan kiter boleh buat mamcam...serta brand yang baik

    ReplyDelete
  2. wlkslam ,
    Thanks la Iza ,pilihan akak mesti la mesin high speed yang macam akak ada tunjuk dalam blog akak ni , mesin high speed ni rupanya macam mesin jahit yg kita blh tgk kat kedai jahit. Mesin jahit ni mmg tahan lasak cuma mesin ni tak blh di guna tuk nak menyulam dan buat lubang butang mcm mesin portable mcm brand singer n Janome yg famous sgt sekarang ni . Jadi kalau iza nk mesin jahit yg blh jahit sulam elok la beli mesin portable tapi kalau nk yg tahan lasak beli la mesin highspeed . Cuba pegi kedai dealer Singer dan tanya pd sale person dia mcm info lg dia blh bagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .