MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, August 17, 2009

SMOCKING WARNA BIRU


Pagi ni saya mula jahit smocking yang baru pula , lepas saya dah siapkan smocking warna merah yang lama sangat tertangguh tu , pagi ni terus saya jahit smocking warna biru ni pula . Kainnya bercorak bunga halus-halus warna biru sweet sangat , saya guna benang color electric blue kira matching dan sesuai , benang mesti color yang lebih terang/gelap /sriking atau kontras dari warna corak kain baru la smocking yang kita jahit lebih menonjol ..

Kadang-kadang tu saya jadi rindu pulak pada smocking saya ni kalau dah lama sangat saya tak jahit . Memang macam tu kan kalau kita dah ada minat pada satu-satu perkara tu..

Saya jadi leka bila menjahit smocking ni .... dan berasa puas hati sangat bila tengok hasil jahitan saya ni bila dah siap dan cantik dipakai oleh anak sendiri atau oleh anak customer...


Sebelum mula nak jahit smocking , benang untuk kedutan kain pleats kat dua -dua belah hujung sisi kain mesti la di simpul mati supaya kedudukan pleats tetap dan memudahkan kita bila nak mula jahit smocking..


Teknik smocking yang saya guna kali ni adalah 3 cable / wave combination . saya memang suka teknik ni sebab bila dah siap nanti memang cantik sangat susunan sulaman smockingnya ..


Paling penting bila baru nak belajar jahit smocking ialah kita mesti belajar jahitan asas dulu iaitu cara nak pleat kain secara manual dan lepas tu belajar teknik jahitan smocking macam cable stitch , wave stitch , trellis stitch , feather stitch dan macam-macam teknik jahitan smocking asas yang lain.

Kalau dapat beli lah buku A-Z jahitan smocking yang ada jual kat kedai buku macam MPH , buku ini memang best sebab semua perkara berkaitan smocking ada dalam buku ni dan semua teknik jahitan smocking di tunjuk step by step dan segala informasi sangat la lengkap .

Lepas tu bila dah mula cekap teknik asas baru la kita boleh belajar cara jahitan bullion dan macam-macam teknik yang lebih susah . Bila dah mahir jahit sulaman smocking ni kita sendiri boleh cipta reka corak atau pattern smocking dengan hanya menggunakan kombinasi teknik cable stitch dan beberapa teknik jahitan smocking lain dan buku hanya menjadi bahan rujukan sahaja...

Minat yang mendalam dan kesabaran sangat penting kalau nak belajar smocking ni kalau tak memang kita tak akan dapat rasa keseronokan menjahit smocking ni sebab nak siap sulaman smocking ni memang ambil masa yang agak lama .

Cari la bahan rujukan macam buku yang cukup informasi atau melalui internet ( banyak info yang boleh dicari di internet tentang smocking ni kena rajin cari la ) .

Saya pun banyak belajar smocking ni melalui buku saja dan kalau dapat belajar dengan join kelas jahitan smocking lagi la bagus , yang saya tahu kat pusat jahitan epal ada kelas jahitan smocking ni...




Sambil mengadap depan computer , saya pun menjahit smocking juga . Buat 2 kerja dalam satu masa ok la kan ....yang penting semua kerja mesti beres...

4 comments:

  1. Imah pun minat smocking..penah blajar masa student dulu..kalau pegi shopping nampak jer memang sangkut..tak puas belek...kagum ngan akak..macam2 bleh wat...

    ReplyDelete
  2. Ha boleh la buat sendiri , akak boleh la buat sikit-sikit ada juga yang akak tak tau buat..

    ReplyDelete
  3. a'kum.........

    kak nannie....selalunya kain cotton jenis apa akak guna?Japan Cotton ke?

    ReplyDelete
  4. nice and really enjoyed went through your blog. Gives me inspiration as we share a few interests. like smocking patch work all those stuffs. nice work lah. i'm smock too. sold to some close friends only and for my girl especially. i think i wanna try to sew zipped pouch like yours. can't wait!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .