Pertama kali saya menjejakkan kaki di Petaling Street pada tahun 1989 selepas habis SPM , duduk di rumah kakak . Kenalan lama sekolah menengah semasa duduk di Taman Keramat ajak keluar nak jumpa , saya masa tu redah saja dari TTDI naik bas sampai ke Bas Stand Sri Jaya , depan Central Market dekat Bas Stand Kelang . Kawan saya ni bawa saya ke Petaling Street jalan-jalan dan tengok-tengok barang , memang best sebab semua ada dan harga barangnya murah.
Dulu masa tahun 1990 -1994 tempat lepak dan happening untuk student ITM ( mcm saya & kawan2 yang sama belajar di ITM ) ialah sekitar Central Market , Kota Raya , Metro Jaya dekat Kota Raya , Bukit Bintang Plaza , Lot 10 , Kl Plaza .
Kalau nak tengok wayang saya akan pegi panggung wayang REX , Cineplex baru buka kat bangunan belakang Central Market & dalam Kotaraya , Cathay kat jalan Bukit Bintang . Hujung minggu memang penuh la muka student ITM sekitar kawasan ni sama ada untuk berjalan-jalan , shopping , dating atau tengok wayang .
Mc Donalds kat sebelah Central Market dan sebelah Kotaraya memang tempat saya dan kawan-kawan singgah untuk berkumpul dan makan . Kalau nak makan nasi selalu kami makan di food court kat dalam Central Market , food court atas Sg.Wang Plaza atau di restoran Mamak bersebelahan Central Market yang kami panggil sebagai lorong Katak heheheee....
Kalau nak bershopping memang tempat kegemaran saya dan kawan-kawan dulu ialah di Lot 10 , Bukit Bintang Plaza ( saya memang menunggu Metro Jaya sales saja dulu ) atau Sg .Wang Plaza . Latest fashion trend dengan harga yang sangat berpatutan , saya tau di mana kedai yang jual pakaian , jeans & t-shirts , kasut , bags , aksessori macam subang dll dengan harga murah untuk students macam saya masa tu la...hehehee... semua tu kenangan saja ...rasanya dah hampir 6 tahun saya tak masuk ke Sg. Wang Plaza...
Petaling street ni pun pot saya dulu-dulu kalau nak beli pakaian , kasut , bags , aksessori dan macam-macam benda ada kat sini . Paling penting kalau bershopping di Petaling Street ni ialah kena pandai tawar-menawar , jangan tanya harga selagi kita belum betul-betul serious nak beli barang yang kita bekenan tu sebabnya kalau kita tak jadi beli memang problem la nanti tokeh gerai akan paksa kita beli juga sooo berhati-hati bershopping di Petaling Street . Dulu saya tengok tokeh gerai semuanya cina sekarang ni macam-macam bangsa ada mat Bangladesh pun dah ada berniaga kat gerai dalam Petaling Street.
Kedai untuk bahan art macam kedai Venus Art Supplies dan Nanyang pun ada kat Petaling Street .. saya yang ambil bidang Art & Design masa di ITM memang selalu ke kedai-kedai art ni untuk beli bahan projek .
Selalunya saya dan kawan-kawan ke Petaling Street masa hari Sabtu tau Ahad dan lepas beli barang kami singgah panggung wayang REX la... tengok wayang . Paling happening ialah pada tahun 1994 semasa filem Jurassic Park .
Dulu kalau nak ke KL mesti la naik bus , bus stand Kelang dan Sri Jaya dulu penuh dengan muka local /rakyat tempatan saja , pagi tadi masa saya lalu kawasan bus station ni dah penuh dengan muka Indonesia , Bangladesh dan bangsa-bangsa yang kurang di ketahui identitinya hmmm... kawasan Central Market , Kota Raya dah jadi macam tempat asing pada saya ..
Gerai bunga yang masih sibuk macam 20 tahun dulu juga , kalau datang sini saya suka tengok dan beli jam tangan designers label , CD lagu atau movies dan beli buah-buahan.
Buah berangan Petaling Street memang sedap sebab saiznya yang besar..
Cantikkan..
Semua gambar-gambar yang saya ambil ni hanya la realiti luaran semasa Petaling Street , bila saya berjalan di celah-celah orang ramai ni saya suka perhatikan bermacam gelagat manusia-manusia yang sedang lepak-lepak minum di kopitiam atau mereka yang bersembang berhampiran lorong bangunan menunggu pelanggan dan mereka ni la sebenarnya penghuni Jalan Petaling .....
Seronoknya pergi Petaling Street. Dah cantik ye. Dulu masa bujang Yati rajin jugak pergi, cari CD software pirate. ^_^
ReplyDeleterindunya jalan2 cuci mata di PS BUtik ni. Dl suka round situ 2,3 kali nak cari brg.. Panggung Rex tu pun pernah gak masuk..tengok citer Yusuf Haslam...hehe kalau blik kg mesti singgah cr CD sebelum menapak ke Pudu. Indahnya zaman remajaku...
ReplyDeleteMemang seronok pun Yati , dulu lagi seronok tapi sekarang macam lagi ok la keadaannya terkawal , polis bandarraya pun ada , ha mmg pun CD software banyka dulu tapi skrg dah x nampak kalau nak beli kena pegi plaza Low Yatt masih byk sgt..
ReplyDeleteButik PS masih sama ..banyak baju lagi ..dah cantik dah Ps la ni Fizan , bersih berbumbung , tapi CD dah tak ada la , last akak beli CD kat sini tahun 2004 leopas tu susah nak jumpa...tak tau la kalau masa malam baru keluar kot , dulu selalu kat sini kena rush gan polis diaorg dtg tgkap / rampas CD pirates
ReplyDeletePanggung REX pun dah tutup ...dah tak da...
Teringat zaman saya study dulu...petaling street ni mmg tempat wajib p klu turun kl...cari cd..jam tangan..perfium..kat sini gak ader satu kedai buku nama big book shop klu xsilap..slalu gi situ crik alat2 tulis n kertas2 menarik utk buat model..heheh..rindunyer zaman2 tu..
ReplyDelete