Ramai betul pengunjung ke pasar malam jalan Tunku Abdul Rahman ni , nak jalan pun susah selalunya saya suka datang lebih awal dalam pukul 3 - 4 petang tapi pada petang Sabtu sudah saya sampai ke sini dalam pukul 5 petang jadi sudah ramai pengunjung dan keadaan kat belakang lorong ni memang sesak sangat dan kurang selesa. Selesai ja beli barang yang saya mahu kami pun terus balik sebab nak tengok konsert AF.
Kuih -muih kat gerai ni memang sedap , harga sebiji kuih mahal sikit tapi tak pa la sebab sedap dari beli yang murah tapi tak sedap nak makan pun tak da selera last sekali ke tong sampah juga peginya hmmm membazir, saya tak kisah kalau beli makanan yang mahal sikit dari membazir. Gerai ni kuih-muihnya cepat habis by the time pukul 8 malam semua dah clear , so memang kena cepat kalau nak merasa kuih- muih ini.
Ini gerai nasi lemak yang kami sekeluarga suka makan , memang sedap rasa nya tak berubah masih sama macam 9 tahun yang lepas. Kira ada quality control la..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .