MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Pagi tadi masa saya sibuk di dapur tiba-tiba anak-anak datang kat saya rupanya nak bagi kad Hari Ibu . Saya memang dah tau Aisyah mula sibuk buat kad ni untuk saya semenjak 3 hari sudah tapi saya buat-buat tak tau hehhee. Adlina anak saya yang kedua pulak terover excited sampai dia tak boleh tahan dan dia terlepas rahsia kakaknya yang dah beli bunga dan buat kad untuk saya. Tergelak tengok gelagat anak-anak saya ni , Aisyah beli bunga ni kat kedai buku di sekolah guna duit belanja yang dia kumpul , memang saya happy hari ni .


Aisyah lukis gambar rupa saya kat muka depan kad , semua art works dia dari kecil saya simpan buat kenangan.


Saya la ni , pakai tudung polkodot lagi.


Bahagian dalam Aisyah ambil sajak dari surat khabar , dia kata nak tulis cipta sajak sendiri dia tak pandai , love u my sweet daughter terharu sungguh saya bila baca sajak ni.



Suami saya pun ada juga beli kad tapi dia suruh anak saya yang tulis kira macam mewakili diri dia la , thanks abah.

2 comments:

  1. emmm....biar apa cara dan bagaimana ...akak mesti hepi kan sbb anak2 akak dah pandai appreciate...hi hi anak saya baru nk masuk 5 thn

    ReplyDelete
  2. Memang happy ,tak kira apa pun yang anak-anak bagi akak heppy biasa la semua parents macam tu kan. Tak pa Fawa tungggu je nanti anak besar sikit lagi pandai la dia nak bagi present kat mama dia....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .