Malam Sabtu sudah kami sekeluarga pegi ke Kajang sebab nak makan satay Kajang yang famous sangat tu. Suami nak bawa saya dan anak-anak gi sambut Hari Ibu la ni , mula cadang nak ke tempat lain tapi saya ajak pegi Kajang sebab nak merasa satay.
Ini kira first time kami sampai ke bandar Kajang , senang nak mencari komplek satay Hj Sahmuri walaupun kami bukan nak makan satay Haji Sahmuri tapi nak makan satay lain yang berniaga kat dalam komplek yang sama .
Ramainya betul manusia malam tu , kami terperangkap dalam tempat parking , kami pusing lagi cari parking tapi tak dapat juga akhirnya kami pegi je ke kawasan gerai berdekatan yang ada banyak juga gerai satay.
Bila sampai kat gerai ni nasib la ada tempat duduk walaupun pelanggan memang ramai. Makanan pun sampai cepat dan sedap. Saya order nasi goreng dengan air limau ais dulu sebab anak-anak dah kelaparan , bila dah makan baru anak-anak saya nak senyum. 30 minit lepas tu baru satay dan otak-otak ikan sampai.
Sedap sataynya fresh dan bersaiz besar tapi tak habis juga sate ni sebab kami dah agak kenyang sebab makan nasi goreng sebelumnya , jadi saya tapau satay yang tak habis .
Saya tak ingat la apa nama gerai ni sebab lapar punya pasal bila sampai terus duduk tak tengok pula sign board gerai makan ni.
Lepas dah kenyang dan lepak kejap kat gerai , saya pun ajak suami balik .Memang happening la bandar Kajang kat area stadium ni ada macam bazaar jualan. Best la outing kami kali ni dan makanan pun sedap. Bila dah masuk kereta problem nak keluar pulak dari parking sebab kereta banyak sangat. Saya pun ambil la gambar dalam kereta, lepas dah letak Adam dalam car seat dia dan semua dah selesa baru la kami mula kan perjalanan balik.
Gerai satay kat Kajang ni banyak so kena la pandai cari mana satu yang best . Lain kali kalau nak makan satay lagi saya nak pegi waktu siang la sebab kedai makan satay kat sini semuanya start dari pagi. Tak sanggup lagi mengadap jam dan susah nak cari parking tapi satay kat sini memang fresh , saiz nya besar dan sedap.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .