More of my sea shells collection , saya memang cukup suka dengan kulit siput ni sebab rupanya dan warna yang unik serta cantik . Bermacam-macam jenis siput yang saya jumpa dan kutip dari beberapa pantai di Semenanjung Malaysia. Dalam gambar di atas ni sea shells yang saya kutip dari pantai di Port Dickson masa saya pegi awal bulan April sudah.
Saya memang cukup suka bercuti di kawasan tepi pantai dan saya teringin nak ke Pulau Perhentian, Pulau Redang atau Pulau Tioman pula lepas ni mungkin kami akan sampai ke sana tahun depan , nak kena tunggu Adam besar sikit lagi baru la ok nak bawa dia sekali.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .