Salam pagi Isnin , n3 kali ni saya masukkan gambar-gambar masa birthday party Aisyah . Hari Sabtu lepas adalah hari yang paling happy buat Aisyah sebab saya buatkan birthday party untuk dia . Senyum saja Aisyah sepanjang majlis berlangsung tambahan lagi kawan-kawan rapat dan cousin datang . Dah lama juga saya tak buat jamuan untuk birthday Aisyah dan untuk tahun ni memang saya nak buat juga sebab tahun ni special Aisyah turn 12 plan asal saya nak buat masa tarikh birthday Aisyah pada 25/4 tapi ada hal lain so saya tunda buat 1 Mei .
Semenjak hari Khamis lagi saya dah mula buat preparation dan saya tinggal semua aktiviti jahitan . Saya ni selagi tak berlangsung majlis selagi tu la saya tak boleh fikir atau buat kerja lain nak menjahit pun tak ada mood saya hanya concentrate hal majlis birthday Aisyah saja . Alhamdulillah majlis birthday yang saya buat untuk Aisyah dan kawan-kawan rapat dia serta saya jemput sedara-mara serta teman rapat saja ni berlangsung dengan elok sekali . Ada banyak gambar lagi tapi saya dapat masukkan banyak ni saja untuk n3 kali ni..jom tengok..
Bila majlis birthday bab kek la yang paling penting sekali seperti biasa saya akan masak sendiri saja kek birthday anak-anak . Aisyah nak kek coklat dengan M&M so saya pun fikirkan cara nak hias kek ni dengan cara yang paling mudah tapi still meriah . Kek coklat moist ni saya masak malam sebelum hari majlis dan pagi-pagi Sabtu tu saya buatkan coklat ganache serta hiaskan dengan M&M alhamdulillah siap juga kek simple saya ni tapi yang penting Aisyah suka sangat kek birthday dia ni .
Adlina nak juga no.6 sebab dia kata dia 6 years old dan 12 tu untuk Aisyah . Bila bab nak susun M&M keliling kek coklat ni saya minta Aisyah yang buatkan sebab saya dah start masak juadah lain .
Anak sedara saya Adel dan wifey Maria yang sponser ballons untuk birthday party Aisyah ni .Thanks ya Maria dan memang meriah suasana majlis birthday Aisyah dengan adanya belon ni .
Majlis birthday baru mula..
Juadah untuk birthday saya masak nasi minyak dengan ayam masak merah serta dalca . Alhamdulillah nasi minyak ni masak dengan elok dan sedap (sendiri masak sendiri rasa dulu sendiri puji la hehe) saya suspen juga sebab ni first time saya masak nasi minyak untuk 50 orang dan sebelum nak masak tu banyak kali la juga saya mengira jumlah cawan airnya . Saya masak juga spaghetti , carrot cake , dadih , ada rojak buah , sosej nugget chicken balls , fried wonton dan kek .
Saya dan anak-anak sempat bergambar sebelum tetamu sampai..
Kakak saya kak Ija serta niece saya Maria yang pangku Kayla cucu sedara..
Adina bersama cousins Azra , Ilya dan Maria.
Ini la cucu sedara saya , abah pada Adora adalah anak saudara sulung saya . Nama cucu saudara saya ni Kayla Adora dan kalau ada pengunjung yang memang selalu singgah blog saya ni mesti ada baca n3 yang saya buat masa Adora baru dilahirkan . Adora pun dah nak masuk setahun bulan depan , geram tengok dia comel sangat..
Hero bucuk saya ni pun happy sangat main dengan belon tengok la tu sambil makan jelly pun belon still dia kepit , hai sayang..
Birthday girl ni bila dah malam baru la nak posing dengan belon masa siangnya happy sangat dengan kawan-kawan dia . Seronokkan bila tengok anak-anak happy dan saya rasa hilang semua penat buat birthday party untuk Aisyah ni dan saya plan nak buat majlis doa selamat pula sebelum Aisyah exam UPSR nanti..
happy birthday aishah.. semoga dapat cemerlang UPSR nanti k
ReplyDeletesalam ulang tahun utk aishah...sedap kek tu kak..cucu kak nannie tu comelnyer..geram sgttt
ReplyDeleterumah akak cantik...
ReplyDeleteto Sharifah ,
ReplyDeleteTerima kasih Pah untuk ucapan birthday pada Aisyah dan Nannie dah bagi tahu dia semyum saja la insyallah moga cemerlang la keputusan UPSR Aisyah..
To Anna ,
ReplyDeleteTerima kasih dan akak dan sampaikan ucapan Anna ni pada Aisyah . Memang comelkan tapi Kayla ni jinak2 burung merpati bila nak dipegang dia tak mau Kayla nak dengan mummy dia juga hehehe
TO Siti ,
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah terima kasih ya Siti .Rumah akak ni simple saja macam tuannya juga hehehe
Selamat Ulangtahun Aishah semuga berjaya didalam peperiksaan UPSR yer.
ReplyDeleteto kak ina kl ,
ReplyDeleteTerima kasih kak utk ucapan ulang tahun Aisyah dan saya dah bagi tau dia semoga Aisyah berjaya insyallah .