MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, May 14, 2010

KEMAS SANA KEMAS SINI


Saya baru habis berkemas barang-barang yang disimpan dalam kotak dan juga sudut menjahit saya ni . Hmm penat juga , mana barang-barang yang nak disimpan saya saya simpan balik dalam kotak semula dan yang boleh disedekah saya ketepikan dan barang-barang yang dah buruk sangat tu bye-bye saja la masuk tong sampah .

Di sewing area saya kemas lemari kain dan saya lipat balik kain-kain ni dan susun cantik-cantik ikut jenis kainnya supaya senag nak cari nanti . Banyak juga kain yang dah saya guna so bila susun tu tak la padat sangat ruang dalam lemari ni . Saya pun baru habis touch-up dress smocking yang saya nak jual ni saya tambah lagi lace . Dalam minggu ni juga saya akan masukkan dress-dress ni dalam kedai saya tu...

Saya pun kemas balik koleksi teko dan pinggan mangkuk lama yang saya kumpul ni mana pinggan yang nak diguna saya letak di rak pinggan yang lebih tinggi supaya senang nak ambil nanti bila nak guna selain tu teko-teko pula saya susun balik . Bila dah susun kemas ni saya tengok ada lagi ruang untuk saya tambah koleksi teko hehehe...

Koleksi dress smocking yang dah siap...


Cabinet kain-kain saya , best saya tengok kain-kain yang tersusun kemas ni . Dulu masa Adam kecil sikit memang dia suka juga tolong kemas kain ni tapi sekarang ni dia dah tak usik , good boy bacin mama ni..

2 comments:

  1. eee seronok ye dpt jual baju hasil tangan sdiri. dulu niat melor nak buat kedai online gak. konon2 nak jual baju kanak2 hasil tangan melor. melor buat la blog x sangka termengandung la plk. dr blog tu kosong melor isi la dgn pa yg patut. melor berharap 1 hari nanti impian melor tu akan jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  2. Insyallah lepas bersalin dan baby dah besar boleh la teruskan cita2 melur tu mmg best nak jual hasil jahitan sendiri tapi kadang2 akak rasa mcm sayang juga hehe tapi akak mmg nak jual baju2 smocking ni dan hasil jahitan2 ni kalau ikutkn semangat ni mcm2 nak dijahit tapi kena slow juga2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .