Sebelum melakar pola baju mesti la ambil ukuran badan dulu , kali ni saya tunjukkan cara mengambil ukuran badan untuk baju kurung , simple saja cara mengambil ukurannya sebab baju kurung ni patternnya lurus pada semua bahagian . Sambil ambil ukuran tu kita mesti la catit dalam buku sebagai panduan untuk nak lakar pola nanti.
Cara yang senang nak ambil ukuran untuk nak buat baju kurung ialah kita ambil dari ukuran baju kurung yang kita atau anak selesa pakai saja . Kalau nak ukuran lagi betul kita suruh anak kita pakai baju kurung yang dia suka/selesa tu dan kita ambil ukuran berpandukan baju kurung yang dia pakai itu , kalau baju tu nampak ketat baru la kita tambah ukuran pada bahagian yang ketat itu..kalau tak kita ambil saja ukuran baju yang sedia ada tu...
Mula -mula ambil ukuran bahu , kalau orang yang kurus memang senang nak cari tulang bahu kalau tak kita guna panduan pada garisan basi baju yang dipakai .
Biasanya ukuran bahu untuk saiz badan sederhana ialah 15 - 16 inci . Anak saya Aisyah ni walaupun baru berumur 11 tahun tapi badan dia ni rangka besar , so ukuran bahu dia dah 15 inci dan saiz kasut dia pun dah saiz 5 dewasa...cepat betul membesar anak-anak saya ni , syukur la yang penting anak-anak saya sihat alhamdulillah.
Ambil ukuran labuh lengan dari tulang bahu sampai pergelangan tangan. Pastikan tangan jangan di bengkok semasa nak ambil ukuran ni nanti terpendek pulak lengan baju bila dah siap nanti...
Lubang lengan , selalunya ukuran standard saiz sederhana ialah 14 - 15 inci , kalau orang yang berbadan gempal besar la lagi saiznya dan orang yang slim kecil la sikit saiz lubang lengannya.
Ambil ukuran keliling leher , pastikan bagi longgar sebab ni ada la ukuran untuk baju kurung baru la selesa tapi jangan la terbesar sangat pulak mesti pandai agak saiznya . Bagi ukuran belahan lubang leher selalunya 3 atau 4 inci saja .Kalau nak senang ambil la ukuran leher dari baju kurung yang kita atau anak selesa pakai ..
Saiz biasa ukuran keliling leher ialah 15 - 16 inci , kalau orang yang berbadan besar/gempal ukurannya besar la sikit 17 - 18 inci .
suka3..
ReplyDeletethanks ye 4 sharing...
ok
ReplyDelete